Wednesday, March 3, 2010

Dua beradik bunuh warga emas dicekup

SHAH ALAM 3 Mac 2010 - Modus operandi mereka adalah menyamar sebagai pasangan yang sedang mencari rumah untuk disewa.

Apabila mendapat kepercayaan tuan rumah untuk masuk meninjau premis yang kononnya hendak disewa itu, mereka akan mengeluarkan senjata dan menyamun mangsanya sebelum melarikan diri.

Dipercayai pasangan ini yang merupakan adik-beradik telah melakukan lebih 10 kes samun di sekitar Selangor termasuk terbaru di Sungai Buaya, Kuala Kubu Bharu dekat sini pada 27 Februari lalu.

Dalam kejadian itu, pasangan terbabit dipercayai melarikan rantai emas milik seorang warga emas selepas menikam suaminya yang kemudian meninggal dunia akibat banyak kehilangan darah.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, pihaknya yang memburu kedua-dua suspek selepas kejadian di Sungai Buaya berjaya memberkas kedua-duanya pada malam kelmarin dan semalam.

Beliau berkata, suspek lelaki yang merupakan si abang berusia awal 40-an ditahan di Gombak sementara adiknya berusia 30-an ditahan di kawasan berhampiran.

"Kita juga merampas pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh warga emas itu dan menemui semula rantai yang disamun mereka di sebuah kedai pajak gadai di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

"Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek ini, kita percaya telah menyelesaikan kes bunuh dan samun di Sungai Buaya itu," katanya di sini hari ini.

Menurut Omar, pihaknya sedang menyiasat penglibatan kedua-dua suspek dalam 10 lagi kes lain dan mereka kini ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut.

Kata beliau, pihaknya juga merampas kereta yang sering digunakan kedua-dua suspek yang masih bujang semasa melakukan jenayah.

1 comment:

  1. jenayah berkenaan rantai emas lagi ooowh! saya sebenarnya google rantai emas dan terbawa ke dalam blog ini..terima kasih sbb sudi share, penjenayah ni banyak btul akal mereka. hope kita akan terus berhati..

    membeli sebarang bentuk emas seperti emas 916, gold bar, gold coin. Selain emas kami turut membeli suasa, emas putih, platinum dan khidmat untuk menebus surat pajak.

    layari laman web
    http:///www.hafizjewel.com

    ReplyDelete