16/03/2010 4:39pm
KUANTAN 16 Mac 2010 – Polis menahan sekumpulan enam perompak termasuk seorang wanita selepas mereka menyamun seorang mengawal keselamatan dan melarikan sebuah kereta di sebuah bangunan syarikat keselamatan di Jalan Tun Ismail di sini, malam tadi.
Pegawai Turus Urus Setia, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, kereta jenis Proton Saga terbabit adalah milik pengawal keselamatan itu dan di dalamnya terdapat selaras senapang berserta empat butir peluru hidup.
Kata beliau, kejadian pukul 9.45 malam itu berlaku apabila pengawal keselamatan berusia 57 tahun tersebut didatangi seorang wanita berusia 20-an yang berpura-pura bertanya arah jalan. – Utusan
Tuesday, March 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment