Wednesday, March 17, 2010

Dua lelaki edar kanabis dihukum gantung

SHAH ALAM 17 Mac 2010 - Tindakan dua buruh menyembunyikan 4,964 gram kanabis di bawah pelapik kaki sebuah kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka, gagal mengaburi pihak polis sehingga menyebabkan mereka berjaya ditangkap tujuh tahun lalu.

Selepas dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini, Mohd. Nasir Kahar, 45, dan Muhammad Nizam Ishak, 37, hari ini masing-masing dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin berjaya membuktikan pertuduhan tersebut.

Kedua-dua lelaki itu kelihatan tenang ketika menerima hukuman berkenaan.

Mereka didapati melakukan kesalahan itu pada pukul 6.30 petang, 29 Januari 2003 di kawasan stesen minyak Shell, Batu 9, Kampung Johan Setia, Jalan Banting-Klang, Klang, dekat sini.

No comments:

Post a Comment