Friday, March 19, 2010

21 pelayan restoran ditahan dalam Ops Noda

2010/03/19
KUALA LUMPUR: Polis menahan 21 pelayan warga asing dalam satu operasi membanteras pelacuran, Ops Noda, di sebuah restoran di Jalan Inai, dekat Bukit Bintang, semalam.

Pegawai Turus Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), DSP Razali Abu Samah, berkata turut ditahan ialah seorang lelaki dan wanita tempatan yang dipercayai menjadi ibu ayam dan penjaga premis berkenaan.

Mereka yang berusia 20 hingga 26 tahun itu ditahan dalam serbuan pada kira-kira pukul 10 malam. "Wanita warga asing yang ditahan terdiri daripada 15 warga Vietnam, empat dari China dan dua dari Kemboja," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu malam tadi.

Beliau berkata, operasi itu dilakukan hasil soal siasat tangkapan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak baru-baru ini.

"Modus operandi yang digunakan di mana pelanggan datang dan ibu ayam tunggu di luar seterusnya mengagihkan wanita itu untuk duduk bersama pelanggan.

"Semua mereka ada pasport warga asing dan ada seorang yang mengemukakan surat nikah, bermakna dia sudah bernikah dengan warga tempatan. Namun kami tangkap juga dan akan bawa dia ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk pastikan kesahihan surat itu," katanya.

Razali yang mengetuai operasi itu berkata, restoran berkenaan tidak mempunyai lesen hiburan tetapi menjalankan aktiviti karaoke.

"Ada tiga bilik karaoke...kita rampas set karaoke di bilik itu dan kita saman kerana langgar syarat lesen. Mereka tidak dibenarkan menjalankan kegiatan karaoke," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment