KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan Geng ‘Jalit’ yang dipercayai terbabit dalam 45 kes pecah kereta dan samun di sekitar Lembah Klang dengan tertangkapnya lima suspek dalam beberapa serbuan di sekitar Bandar Tun Razak, di sini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata semua suspek yang berusia 27 tahun hingga 36 tahun itu diberkas hasil maklumat awam dan risikan.
“Dalam kejadian 24 Februari lalu, seorang wanita hampir menjadi mangsa samun selepas dua lelaki menaiki motosikal memecahkan cermin sebelah penumpang kereta mangsa menggunakan ‘spark plug’ kereta ketika berhenti di lampu isyarat di Bangsar, dekat sini.
“Bagaimanapun, sebaik saja suspek cuba merampas beg tangan wanita terbabit, berlaku adegan tarik menarik antara suspek dengan mangsa menyebabkan lelaki terbabit jatuh dari motornya,” katanya semalam.
Katanya, seorang lagi suspek cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya selepas ditahan orang awam yang berada di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis.
“Ekoran tangkapan itu, polis yang menjalankan intipan berjaya menahan tiga lagi suspek dipercayai anggota kumpulan berkenaan di sekitar Bandar Tun Razak. Hasil soal siasat, semua suspek mengaku terbabit dalam sekurang-kurangnya 45 kes samun dan pecah kereta di sekitar Lembah Klang,” katanya.
Beliau berkata, kelima-lima suspek mempunyai rekod jenayah lampau.
Friday, March 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment