TAPAH: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Sentosa Chenderiang, dekat sini, membuat laporan polis mendakwa dicabul seorang petugas perubatan di klinik kem itu.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata dalam kejadian Isnin lalu, mangsa mendakwa ke klinik itu untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami sakit perut.
“Ketika mendapat rawatan, mangsa mendakwa suspek dengan sengaja menyentuh bahagian sulitnya tetapi mangsa menolak tangan suspek.
“Selepas kejadian itu, mangsa mengadu kepada komandan kem yang menasihatinya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, semalam.
Roslan berkata, pelatih itu membuat laporan di Balai Polis Chenderiang keesokannya dan berikutan itu mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk menjalani pemeriksaan.
Katanya, polis menahan suspek berusia 26 tahun untuk membantu siasatan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan.
Friday, March 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment