JOHOR BAHRU: Pembantu Khas kepada Menteri Besar Johor, Low Teh Hian membuat laporan polis selepas menerima satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan, pagi ini.
Low, 60, ketika dihubungi, berkata laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral di sini 12.45 tengah hari selepas menerima SMS berkenaan 11.40 pagi.
Katanya SMS dalam bahasa Mandarin itu tertera perkataan "peluru tidak bermata" dan memintanya memasukkan wang sebanyak RM1,000 ke dalam sebuah nombor akaun bank, sekiranya mahukan keluarganya selamat.
"Kiriman SMS itu diterima ketika saya sedang mengikuti perarakan chingay di Jalan Tun Abdul Razak berhampiran pusat beli belah Danga City Mall, di sini," kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Rinting itu.
Low berkata beliau tidak menerima sebarang ugutan sebelum ini dan mengakui agak terkejut serta takut apabila menerima kiriman SMS berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, ketika dihubungi. mengesahkan menerima laporan daripada Low dan akan menjalankan siasatan lanjut. - Bernama
Friday, March 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment