Friday, March 12, 2010

Pelakon ditahan proses dadah

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Mac 2010 – Seorang pelakon lelaki popular ditahan polis kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong, awal pagi ini.

Turut ditahan bersamanya seorang wanita berusia 24 tahun bagi membantu siasatan penemuan makmal memproses dadah jenis syabu dan kokain itu.

Pelakon tersebut yang juga merupakan anak kepada seorang artis wanita veteran ditahan bersama wanita itu di sebuah kondominium mewah, Jalan Segambut, Jinjang di sini.

Susulan tangkapan itu, polis membuat serbuan di sebuah rumah sewa di Kepong yang dipercayai dijadikan makmal mini memproses dadah tersebut dan menemui 800 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan kira-kira RM650,000.

Dalam serbuan di makmal mini yang ketika itu tidak berpenghuni, polis turut menemui sejumlah dadah jenis ketamin.

Sumber polis memberitahu, kedua-duanya direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pelakon drama bersiri itu telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Pelakon itu juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki ter

No comments:

Post a Comment