Thursday, March 18, 2010

Tiga penyamun larikan kenderaan, wang

2010/03/18
KUANTAN: Tiga lelaki bersenjatakan parang dan pemotong besi melarikan barang kemas, wang tunai dan kenderaan pacuan empat roda yang semuanya bernilai kira-kira RM100,000 dalam satu kejadian samun di rumah seorang peniaga di Felda Ulu Jempul, Jengka, semalam.

Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Insp Nurzulaika Isha, berkata suspek dipercayai memasuki rumah itu melalui pintu belakang pada kira-kira jam 3 pagi.

Beliau berkata, peniaga yang berusia 30-an itu dan isterinya itu diikat sebelum suspek menyelongkar rumah, merampas rantai leher, serta memeras wang daripada mereka. Katanya, kerana bimbang diapa-apakan, peniaga itu memberitahu suspek bahawa wang tunai RM3,000 ada disimpan di dalam kenderaan pacuan empat roda dan mereka yang dipercayai warga Indonesia terus melarikan kenderaan itu.

"Dua daripada suspek menutup muka dengan baju manakala seorang lagi memakai topeng dan selepas memasuki rumah itu mereka memberi amaran kepada penghuninya supaya tidak menjerit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment