Friday, March 19, 2010

Wanita cedera dibelasah penyamun

2010/03/19
KUANTAN: Seorang wanita cedera dibelasah ketika hendak membuang air kencing suaminya dalam satu kejadian samun di Kampung Bukit Puas Sakti, Jerantut awal pagi semalam.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri, berkata dalam kejadian 1.10 pagi itu, mangsa berusia 50-an membuka pintu belakang dapur rumahnya untuk membuang air kencing suaminya yang mengalami lumpuh sebelum didatangi empat lelaki bersenjatakan parang.

"Salah seorang daripada mereka menutup muka mangsa dengan kain sebelum membelasahnya sehingga lebam di muka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata, mangsa turut mengalami luka di bahagian leher, telinga dan tangan akibat terkena parang.

Katanya, tiga rakan lelaki terbabit kemudian memasuki rumah berkenaan dan mengumpul empat lagi anggota keluarga mangsa di dalam satu bilik sebelum mengeledah rumah berkenaan.

Semua lelaki dipercayai warga Indonesia itu kemudian melarikan diri pada kira-kira pukul 3 pagi bersama wang tunai dan barangan berharga bernilai kira-kira RM4,000. - Bernama

No comments:

Post a Comment