KUANTAN: Hukuman penjara ternyata tidak menginsafkan seorang duda apabila ditahan kali ke enam selepas terbabit dalam jenayah pecah kedai di sekitar bandar ini, Rabu lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan Nordin Mustapha, berkata serbuan dilakukan di rumah lelaki berusia 31 tahun di Taman Sri Inderapura, dekat sini, diketuai Inspektor Ruslan Usman selepas menerima maklumat awam, kira-kira jam 11.30 malam.
Beliau berkata, suspek cuba melarikan diri selepas menyedari rumahnya dikepung tetapi gagal berbuat demikian.
Katanya, hasil pemeriksaan dalam rumah, polis menemui 47 butir peluru hidup .38 Special, 76 butir kelongsong dan 14 butir peluru hidup senapang patah disimpan dalam sebuah beg di atas almari serta satu unit mesin pemotong kayu.
“Polis turut menemui enam unit teropong dan sebuah motosikal Yamaha 135LC yang dilaporkan hilang di Kuantan baru-baru ini.
“Siasatan mendapati, lelaki terbabit mempunyai hobi pelik mengumpul peluru, kelongsong dan teropong selain mempunyai lima rekod jenayah membabitkan kes curi motosikal dan pecah rumah,” katanya semalam.
Friday, March 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment