Wednesday, March 10, 2010

Guru muzik dituduh bunuh teman lelaki warga Britain

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

2010/03/11


KAREN dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam selepas didakwa atas tuduhan membunuh.PETALING JAYA: Seorang guru muzik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan membunuh teman lelakinya seorang warga Britain minggu lalu.

Tertuduh, Karen Khaw Phaik Ean, 35, dituduh membunuh Andrew Michael Murchie, 46, di sebuah rumah beralamat 161, SS2/2 Sea Park, di sini, di antara jam 8 pagi dan 9 pagi, 5 Mac lalu.

Khaw didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Majistret Ho Kwong Chin yang tidak membenarkan tertuduh dijamin menetapkan 13 April depan untuk sebutan semula kes bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah manakala Khaw diwakili peguam Chan Weng Keng.

No comments:

Post a Comment