2010/03/12
SINGAPURA: Penyerang bersenjata pisau merompak sebuah kapal tangki yang membawa muatan bahan kimia yang berlabuh di perairan di selatan Tanjung Ayam, Johor semalam.
Pusat Perkongsian Maklumat Asia mengenai Perjanjian Kerjasama Serantau bagi memerangi kegiatan lanun dan rompak bersenjata ke atas kapal-kapal hari ini berkata, bilangan perompak yang tidak diketahui bilangannya menaiki kapal tangki SP Athens pada jam 3.30 pagi dan memasuki stor bilik enjin.
Mereka mengugut penjaga kapal itu menggunakan pisau, mengikatnya di dalam bilik enjin dan mencuri beberapa alat ganti enjin sebelum meninggalkan kapal itu kira-kira 20 minit kemudian. "Penjaga itu dijumpai di dalam bilik enjin itu pada kira-kira jam 4 pagi semasa pertukaran kerja," kata pusat itu dalam satu kenyataan.
Pegawai bertugas di atas anjung kapal telah dimaklumkan dan usaha mencari kapal itu dijalankan bagi menjejaki perompak itu di atas kapal itu tetapi tidak dijumpai.
Kejadian ini adalah insiden kedua berlaku berdekatan Tanjung Ayam tahun ini. Insiden pertama membabitkan sebuah kapal kontena Theodor Storm berlaku pada 13 Februari. - Bernama
Friday, March 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment