Thursday, March 11, 2010

Pemandu lori dijatuhi hukuman gantung edar 53kg ganja

2010/03/11
KANGAR: Mahkamah Tinggi Kangar di sini, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang pemandu lori selepas didapati bersalah mengedar ganja lebih 53 kilogram (kg) lima tahun lalu.

Hakim Datuk Zamani A Rahim menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh, Mad Rozi Che Din, 49, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes 'prima facie' melampaui keraguan munasabah.

Dia dituduh melakukan kesalahan mengedar ganja seberat 53,074.7 gram itu pada jam 8.40 malam 29 Disember 2004 di stor pencegahan Taman Kastam Dua Padamg Besar. Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan

No comments:

Post a Comment