Monday, March 15, 2010

Pengusaha kedai cuci kereta mati ditembak

2010/03/15
IPOH: Seorang pengusaha kedai cuci kereta mati selepas ditembak seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di pekan Langkap, Teluk Intan 90 km dari sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa P Panthiyan, 34 yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Hilir Perak untuk bedah siasat.
Beliau yang dihubungi di pejabatnya berkata, mangsa yang berada di kedainya dan dihampiri seorang lelaki yang kemudiannya melepaskan dua das tembakan ke arah kepada mangsa kira-kira jam 3 petang tadi. Ketika kejadian, tiga ahli keluarga mangsa berada di kedai itu, bagaimanapun mereka tidak dicederakan.

Katanya, mangsa tersungkur di lantai sebaik ditembak dari jarak dekat.

Dua suspek memakai topeng dan topi keledar dikatakan melarikan diri ke arah Kampar dengan menaiki motosikal yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Operasi memburu mereka sedang dilancarkan.
Siasatan juga mendapati mangsa mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Polis masih menjalankan siasatan dan belum mengetahui punca kejadian tetapi tidak menolak ia berpunca akibat balas dendam.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di nombor telefon 05-6212222 untuk membantu siasatan. - Bernama

No comments:

Post a Comment