KAJANG: Polis menahan seorang penjenayah paling dikehendaki ketika leka berhibur bersama beberapa rakannya di pusat snuker di Bandar Teknologi Kajang, di sini, dalam satu serbuan kira-kira jam 4.45 pagi, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood, berkata lelaki tempatan itu dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes samun bersenjata api, termasuk pistol palsu di sekitar daerah ini, dengan kebanyakannya membabitkan kedai serbaneka 24 jam.
“Pemeriksaan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan pecah rumah dan samun, selain bersabit tiga kes lain. Dia juga penjenayah paling dikehendaki oleh polis Kelantan,” katanya kepada media, di sini, semalam.
Dalam serbuan sama, polis merampas sepucuk pistol tiruan, lengkap dengan sarungnya daripada suspek berusia 30 tahun itu, yang dipercayai digunakannya dalam beberapa kes samun sebelum ini. Turut dirampas beberapa barangan, dipercayai hasil samun suspek seperti telefon bimbit dan kunci motosikal.
Friday, March 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment