KUALA LUMPUR: Tiga pelayan pelanggan (GRO) diberkas bersama seorang wanita Thailand di sini dua hari lalu kerana disyaki terbabit mengedar dadah di beberapa pusat hiburan sekitar Lembah Klang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan, berkata ketika serbuan di sebuah rumah di Taman Saga di Ampang, wanita berumur antara 20 dan 25 tahun itu sedang khayal, dipercayai baru mengambil dadah.
Katanya, polis menemui beberapa bungkusan dadah antaranya 20 paket ketamin seberat 1,020 gram dan 90 pil khayal.
Abdul Jalil berkata, wanita itu dipercayai bergerak dari satu pusat hiburan ke pusat hiburan lain untuk menjual dadah kepada pelanggan.
Beliau berkata, wanita itu telah melakukan kegiatan itu sejak sebulan lepas dan mendapat bekalan dadah dari luar negara. - Bernama
Thursday, March 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment