KUALA LUMPUR 11 Mei 2010 - Tune Hotels.com (Tune Hotels) menjalinkan usahasama dengan Plato Capital Ltd. (Plato) bernilai RM100 juta bagi membangun dan mengendalikan hotel bajet di beberapa negara utama di Asia Tenggara, Australia dan United Kingdom.
Tune Hotels dan Plato yang berpusat di Singapura, masing-masing memegang 50 peratus dalam usahasama itu, akan memiliki sehingga 10 aset pada 2013.
Ketua Pegawai Eksekutif Tune Hotels.com, Mark Lankester berkata, pihaknya kini mengenalpasti beberapa hartanah yang boleh dimiliki melalui usahasama berkenaan selain mengintai peluang-peluang lain.
"Apa yang lebih penting, usahasama ini meneruskan tumpuan Tune Hotels.com iaitu menyediakan penginapan pada nilai yang baik kepada pengembara yang bijak," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Plato merupakan syarikat pegangan pelaburan yang terlibat dalam aktiviti hartanah dan teknologi maklumat angkasa dan ia disenaraikan di bursa saham Singapura.
Sebelum ini, Tune Hotels.com mengumumkan usahasama strategik dengan Apodis Hospitality Group bagi membangunkan 20 hotel di India selain menjalin pakatan dengan Evolution Capital Plc untuk memiliki 44 hotel di Thailand, China, Bangladesh, Filipina dan Indonesia serta usahasama dengan Queensway bagi membangunkan 15 hotel di London.
Lankester berkata, pemeteraian usahasama itu mencerminkan kepercayaan dan komitmen pelabur terhadap model perniagaan Tune Hotels.com.
"Plato akan menapat manfaat daripada jenama yang kukuh dan kadar penginapan yang tinggi, kos pembangunan yang lebih rendah serta margin yang tinggi," jelasnya.
Sementara itu, Ketua Pelaburan Plato, Gareth Lim berkata, Tune Hotels.com telah membuktikan produk penginapan berkualiti yang ditawarkan pada harga yang menarik.
Tambah beliau, usahasama itu akan membolehkan Plato mengakses pasaran penginapan bajet yang sedang berkembang.
Tuesday, May 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment