2010/05/10
SHAH ALAM: Seorang anggota polis berpangkat korperal dituduh di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi kerana menyebabkan kematian seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, akhir bulan lalu.
Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid kira-kira jam 1.10 pagi pada 26 April lalu, dan minta dibicarakan. Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini. Jenain yang tiba di kompleks Mahkamah Sultan Abdul Aziz Shah kira-kira jam 11.30 pagi tadi, dikawal ketat anggota polis selepas dia ditahan beberapa jam sebelum itu.
Kes kamatian Aminulrasyid pada awal pagi Isnin, 26 April lalu mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu sudah mengarahkan remaja yang memandu kereta Proton Iswara, berhenti.
Hakim M Gunalan menetapkan RM10,000 jaminan ditawarkan kepada tertuduh dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh 10 Jun ini sebagai tarikh sebutan
Sunday, May 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment