Mei 7, 10 3:17pm
Panel Khas siasatan kes kematian Aminulrasyid Amzah mendapati terdapat keadaan "tidak konsisten" yang memerlukan siasatan lanjut.
"Daripada taklimat ringkas daripada pihak polis, kami dapati terdepat beberapa perkara yang tidak kosnsisten antara bukti dan (kenyataan) saksi," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut berhubung perkara tersebut.
Abu Seman menambah, beliau diarahkan oleh Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk menyampaikan laporan awal berhubung dapatan panel tersebut minggu depan, sebelum dimajukan kepada kabinet
Friday, May 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment