2010/05/14
TUMPAT: Rahsia dua restoran yang laris serta mampu menarik kehadiran pelanggan walaupun lokasinya agar tersorok serta berhampiran semak, terbongkar apabila dikesan menggunakan khidmat pelayan pelanggan (GRO) seksi sebagai pelaris.
Pelayan seksi yang dibawa masuk dari utara Thailand itu, disyaki turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan restoran berkenaan. Dalam serbuan terhadap dua restoran dekat Cherang dan Jubakar Darat kira-kira jam 10 malam semalam, penguat kuasa Jabatan Imigresen Kelantan menahan sembilan GRO berusia antara 19 hingga 31 tahun. Ketua Penguat Kuasa Imigresen Kelantan, Malik Zaliman Deraman, berkata semua GRO yang ditahan itu dikesan memasuki negara ini secara haram serta menyalahgunakan pas lawatan untuk terbabit dengan kegiatan tidak bermoral.
"Dalam serbuan dua jam bermula jam 10 malam tadi (semalam), kami berdepan situasi tegang apabila beberapa pelanggan lelaki menghalang penangkapan GRO terbabit, selain ada yang bertempiaran lari sejurus menyedari kehadiran penguat kuasa Imigresen.
“Apa yang mengejutkan, dua lokasi yang diserbu itu terletak kira-kira empat kilometer dari jalan utama dengan kiri dan kanan laluan masuk ke situ dipenuhi semak samun.
“Kedatangan kami juga dipercayai disedari pemilik premis lebih awal dan meminta GRO melarikan diri,” katanya selepas operasi itu.
Malik Zaliman berkata, pihaknya yakin kemasukan wanita warga asing itu sudah diatur pihak tertentu untuk bekerja sebagai GRO di sini.
“Semua wanita Thailand ini ditahan di lokap Jabatan Imigresen sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen di Tanah Merah untuk siasatan lanjut.
“Siasatan awal mendapati semua mereka ini berasal dari kawasan utara Thailand serta sempadan Laos berdasarkan maklumat di pasport beberapa orang yang ditahan,” katanya
Thursday, May 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment