Tuesday, May 11, 2010

Polis rampas dadah bernilai RM57,000

11/05/2010 4:40pm

PETALING JAYA 11 Mei 2010 — Rahsia kekayaan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun terbongkar apabila dia diberkas dalam satu serbuan oleh sepasukan polis dari Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam.

Hasil maklumat orang ramai, polis menyerbu dan berjaya menahan lelaki yang disyaki pengedar dadah yang aktif di kawasan Petaling jaya itu serta berjaya merampas sejumlah dadah dan senjata.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, pihaknya menemui sebuah beg yang berisi 10 ketul ganja mampat seberat 10 kilogram dan dua paket heroin seberat 840 gram yang kesemua dadah itu bernilai RM57,000.

"Turut dirampas gari yang dipercayai digunakan ketika penyamaran sebagai polis dan pisau,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment