Friday, May 7, 2010

3 warga Indonesia didakwa culik seorang ahli perniagaan

07/05/2010 7:14pm

MELAKA 7 Mei 2010 – Tiga lelaki warga Indonesia berusia 20-an didakwa di Mahkamah Majistret Melaka hari ini atas tuduhan menculik seorang ahli perniagaan dan meminta wang tebusan RM300,000 daripada isteri mangsa pada bulan lepas.

Purwanto, Detik Kustiawan, dan Sahri mengikut pertuduhan telah menahan seorang ahli perniagaan, Gun Soon Huat, 43.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Apartmen Kiara, Batu Berendam, di sini pada 12 April dengan niat meminta wang tebusan daripada isteri mangsa, Liaw Siew Lan, 38, sebanyak RM300,000.

Sejurus dibacakan tuduhan, semua tertuduh mengangguk faham, namun tiada pengakuan dicatatkan di hadapan Majistret Mohd. Fairuz Johari.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Julai depan untuk pihak pendakwaan melengkapkan laporan kimia, forensik dan DNA. – Bernama

No comments:

Post a Comment