Sunday, May 9, 2010

Polis Pulau Pinang rampas heroin bernilai RM100,000

2010/05/10
GEORGETOWN: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 1,921 gram heroin bernilai RM100,000 dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Greenlane di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob, berkata lelaki berumur sekitar 30-an itu ditahan pada kira-kira jam 3.15 petang oleh satu pasukan dari bahagian anti dadah Ibu pejabat Polis Kontinjen negeri. "Polis turut merampas sebuah kereta Toyota Vios dan barang kemas bernilai RM3,000 daripada suspek," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata polis masih menyiasat sekiranya suspek terbabit dengan satu sindiket mengedar dadah, atau beroperasi secara berseorangan.

Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, dan lelaki itu akan ditahan reman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan. - Bernama

No comments:

Post a Comment