KUALA TERENGGANU 5 Mei 2010 – Seorang pekerja hotel tergamam apabila menemui teman rumah sewanya di Flat Sri Kolam dekat sini terkujur kaku dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam dengan senjata tajam, malam tadi.
Pekerja hotel yang hanya ingin dikenali sebagai Zamri itu mendapati mangsa, Khairudin Wazir Khan, 41, meninggal dunia ketika dia pulang kerja pada pukul 11.30 malam sebelum menghubungi polis.
Zamri, 36, ketika ditemui hari ini berkata, mayat Khairudin yang dipanggil ‘Abang Din’ itu ditemui di atas tilam di dalam salah sebuah bilik di rumah sewa itu dengan kesan darah.
Katanya, mangsa baru dua bulan menumpang di rumah itu setelah dipercayai menghadapi masalah rumah tangga selepas berpisah dengan isterinya.
“Abang Din berasal dari Setiu, dia baru dua bulan menumpang di rumah ini, sebelum ini dia bekerja sebagai pengawal keselamatan tapi kini tiada kerja.
“Selama saya mengenalinya, dia orang yang baik dan sering ke surau berdekatan dan dia pernah luah masalahnya pada saya sebelum ini.
“Malah dia pernah kata yang dia sangat tertekan dan amat sayangkan anaknya,” katanya sambil memberitahu telah enam tahun menyewa di rumah itu.
Wednesday, May 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment