Tuesday, May 11, 2010

Polis gagalkan cubaan samun, penjenayah cedera ditembak

11/05/2010 5:25pm

JOHOR BAHRU 11 Mei - Seorang penjenayah cedera ditembak polis selepas cuba merompak seorang lelaki warga emas di hadapan sebuah bank di Taman Pelangi dekat sini pada pukul 2.40 petang tadi.

Ketika kejadian, suspek cuba merampas beg berisi wang yang baru dikeluarkan mangsa menyebabkan berlaku pergelutan.

Anggota polis yang berada ditempat kejadian bertindak menyelamatkan mangsa sebelum suspek bertindak menyerangnya.

Tindakan pantas anggota polis berkenaan menyebabkan tiga rakan suspek melarikan diri menggunakan dua buah motosikal. - Utusan

No comments:

Post a Comment