PULAU PINANG 3 Mac 2010 - Seorang wanita warga emas ditemui mati akibat kecederaan parah di kepala setelah dipukul dengan objek tumpul oleh seorang lelaki di sebuah kedai di Jalan Gudwara di sini semalam.
Ketika ditemui oleh suaminya, mayat mangsa, Soh Lian Thye, 75, dalam keadaan berlumuran darah di dalam tandas di tingkat bawah premis menjual ubat-ubatan tradisional Cina milik pasangan itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis menerima panggilan daripada suami mangsa pada pukul 8.40 pagi memaklumkan mengenai kejadian itu.
Menurutnya, mangsa dikatakan baru hendak membuka kedainya pagi ini tetapi telah dipukul oleh seorang lelaki yang dipercayai cuba merompak premis itu.
"Seorang lelaki berusia 39 tahun berjaya ditahan oleh orang awam yang terdengar bunyi bising ketika cuba melarikan diri dari premis tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambahnya, siasatan awal juga mendapati, suspek terbabit mempunyai 11 rekod jenayah lampau selain merupakan individu dikehendaki oleh pihak polis.
Mengulas lanjut, beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan sekali gus mencari motif sebenar insiden tersebut.
Wednesday, March 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment