Saturday, February 6, 2010

WILAYAH Polis tahan suami isteri disyaki miliki syabu (6/2/10)

KENINGAU: Polis daerah ini menahan sepasang suami isteri kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bariawa Ulu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed, berkata siasatan awal mendapati lelaki warga asing berusia 29 tahun itu bekerja sebagai buruh binaan manakala isterinya, 20, kini hamil empat bulan.

Katanya, serbuan yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Keningau, Asisten Superintendan Mohd Yassin Sagap, menemui beg berisi satu plastik lut sinar mengandungi hablur jernih disyaki syabu seberat kira-kira 0.3 gram di bilik tidur suspek.



“Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan awal, suspek lelaki kes ini mengaku menagih syabu dan mendakwa dadah yang ditemui adalah miliknya yang dibeli daripada seorang lelaki.

“Lelaki berkenaan sudah ditahan polis,” katanya di sini, semalam.

Suspek dikesan memiliki rekod kes dadah sebelum ini iaitu membeli syabu untuk kegunaan sendiri, dengan alasan untuk bertahan ketika bekerja.

No comments:

Post a Comment