Tuesday, February 9, 2010

Kes culik tiada kaitan amaran AS (9/2/10)

PELABUHAN KLANG: Kes penculikan membabitkan dua individu di Pulau Sebangkat, Sabah kelmarin tidak wajar dikaitkan dengan nasihat perjalanan yang dikeluarkan Amerika Syarikat (AS) pada Jun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kes itu bukan seperti dianggap sesetengah pihak di luar Malaysia, sebaliknya ia kes rompakan membabitkan ahli perniagaan.

“Ini bukan berkaitan dengan nasihat perjalanan Amerika Syarikat, sebaliknya lebih kepada kes penculikan dan polis sedang menjalankan siasatan,” katanya, di sini semalam.



Sementara itu di Putrajaya, Bernama melaporkan, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, walaupun berasaskan pemerhatian kumpulan yang terbabit tidak tersusun seperti Abu Sayyaf, adalah penting untuk pihak berkuasa meningkatkan pengawasan di kawasan berkenaan.

No comments:

Post a Comment