Wednesday, February 3, 2010

RM7.4j dadah dirampas Januari

Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN
utusanperlis@utusan.com.my

PADANG BESAR 3 Feb 2010 - Meskipun baru sebulan berlalu tahun ini namun Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM7.4 juta yang cuba diseludup masuk ke negara ini.

Penolong Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) KDRM, Datuk Md. Hassim Pardi berkata, kesemua dadah tersebut dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Daripada lima kes itu pula, empat kes melibatkan tangkapan di KLIA dan satu lagi kes rampasan di Pusat Mel Kurier Pos Malaysia KLIA," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar sempena majlis penyerahan anjing pengesan dadah di pejabat Kastam Unit Narkotik di sini hari ini.

Mengenai kejayaan KDRM sepanjang 2009, Md. Hassim berkata, pihaknya berjaya merampas dadah bernilai RM62 juta iaitu meningkat lebih 100 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu RM17.62 juta.

Jelasnya, daripada 54 pengedar yang ditahan sepanjang 2009, paling ramai ialah warga India iaitu 28 orang, Malaysia (13 orang), Iran (sembilan), Pakistan (tiga) dan seorang rakyat Jepun.

No comments:

Post a Comment