KUALA LUMPUR: Seorang pesara bank kerugian hampir RM1 juta apabila rumahnya dipecah masuk tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang serta melarikan tiga kereta mewah di Taman Overseas Union, Brickfields di sini, awal pagi semalam.
Ketika kejadian jam 3 pagi itu, mangsa bersama isteri dan anaknya sedang tidur apabila terjaga kerana terdengar bunyi bising di tingkat bawah rumah teres dua tingkatnya.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata ketiga-tiga lelaki itu mengacukan parang dan mengarahkan mangsa menyerahkan kunci kereta BMW, Mercedes C200 dan Honda Accord yang diletakkan di depan rumahnya.
“Mangsa menurut arahan suspek kerana bimbang keadaan diri serta keluarganya, bagaimanapun mereka tidak cedera.
“Sebaik kunci diserahkan ketiga-tiga lelaki itu lesap bersama tiga kereta miliknya dan isteri,” katanya di sini, semalam.
Tuesday, February 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment