Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 15 Feb 2010 – Kumpulan mafia yang terkenal kerana mempunyai organisasi jenayah tersendiri khususnya dalam pengedaran dadah antarabangsa dikesan kini melebarkan sayapnya ke negara ini.
Perkara itu terbongkar apabila polis menahan tiga warganegara Iran di ibu negara baru-baru ini yang bertanggungjawab menyebabkan ramai rakyat negara tersebut ditahan kerana menyeludup sejumlah besar dadah ke negara ini.
Apa yang mengejutkan, siasatan mendapati mereka disyaki turut mempunyai kaitan dengan kumpulan mafia antarabangsa dari negara itu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Othman Harun berkata, ketiga-tiganya diberkas hasil penahanan 41 warga Iran kerana menyeludup dadah ke negara ini sejak awal tahun ini.
Katanya, ketiga-tiga suspek itu akan melatih dan merekrut rakyat Iran sama ada di negara itu atau yang berada di Malaysia untuk menyeludup dadah.
Monday, February 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment