Tuesday, February 2, 2010

2 lelaki Iran seludup syabu ditahan

KUALA LUMPUR 2 Feb 2010 - Dua lelaki Iran mungkin beranggapan mereka cukup bijak apabila gagal dikesan selepas berjaya menyeludup dadah ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lalu.

Mereka yang memasuki negara ini kononnya sebagai pelancong, meloloskan diri ketika pemeriksaan pihak berkuasa dengan menelan dadah tersebut.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitu juga dengan nasib dua lelaki berkenaan.

Kedua-dua mereka yang berusia 24 dan 30 tahun akhirnya diberkas polis dua hari kemudian di sebuah hotel mewah di Jalan Changkat Bukit Bintang di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, polis bertindak menyerbu bilik hotel suspek pada Sabtu lalu, selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Beliau berkata, dalam serbuan pukul 5 petang itu, polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 363 gram bernilai kira-kira RM144,000.

Katanya, turut ditemui ialah sejumlah sarung kapsul dipercayai digunakan oleh suspek untuk mengisi syabu sebelum ditelan.

No comments:

Post a Comment