Tuesday, February 9, 2010

Tiga pelajar sekolah ditahan samun warga asing (9/2/10)

KUALA LUMPUR: Tiga pelajar lelaki sekolah menengah yang lengkap beruniform ditahan polis selepas mereka menyamun seorang lelaki warganegara Pakistan di Selayang pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP, Abdul Rahim Abdullah, berkata dalam kejadian kira-kira 10.35 pagi itu, lelaki berusia 31 tahun itu didatangani empat pelajar sekolah berusia 17 tahun ketika sedang berjalan kaki.

Beliau berkata, keempat-empat pelajar itu kemudian memukul mangsa dan menyamun wang tunai RM130, sebuah telefon bimbit serta salinan pasport milik mangsa sebelum melarikan diri.



Katanya, anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan berhampiran terlihat kejadian itu lalu mengejar keempat-empat pelajar itu yang bertindak melarikan diri ke Jalan Sungai Tua.

Abdul Rahim berkata, hanya tiga pelajar yang dapat diberkas manakala seorang lagi melarikan diri dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan pelajar itu.

Katanya, ketiga-tiga pelajar itu ditahan reman di Balai Polis Selayang sehingga Jumaat untuk disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment