25/02/2010 1:24pm
TELUK INTAN 25 Feb. – Empat lelaki dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah adalah di antara 16 orang yang ditahan oleh polis dalam satu operasi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan Ladang Southern Perak, Hutan Melintang di sini Selasa lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supt. Muhammad Zaki Harun berkata, salah seorang daripada empat pengedar dadah yang ditahan itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan kerana memiliki 20 gram heroin yang di bungkus dalam 15 paket.
Tiga yang lain masing-masing berumur 37, 18 dan 20 tahun itu turut ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 12(2) akta yang sama kerana memiliki dadah jenis heroin.
Kesemua mereka ditahan ketika sedang asyik menagih dadah di satu kawasan di ladang kelapa sawit berkenaan sebelum diserbu oleh polis, katanya kepada pemberita hari ini.
"Apabila disiasat pihak kami berjaya menemui 15 paket plastik yang berisi serbuk yang dipercayai dadah jenis heroin di dalam beg pinggang salah seorang suspek berusia 31 tahun itu.
“Siasatan lanjut turut menemui tiga paket plastik di dalam poket tiga yang lain yang beratnya masing-masing 0.5 gram.
"Kesemua mereka ditahan reman dan dibawa ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Hilir Perak untuk siasatan dan menjalani ujian air kencing,” katanya. – Bernama
Thursday, February 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment