Saturday, February 6, 2010

3 rakyat Iran ditahan, dadah bernilai RM13.6j dirampas

06/02/2010 3:37pm


NILAI 6 Feb. – Tiga rakyat Iran - dua wanita dan seorang lelaki - ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini malam tadi kerana disyaki cuba menyeludup masuk dadah bernilai RM13.6 juta.

Pengarah Bahagian Siasatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, kumpulan rakyat Iran itu tiba di KLIA dengan penerbangan EK342 dari Dubai ke Kuala Lumpur pada pukul 10 malam.

"Mereka membawa dua beg dan apabila diperiksa, kami menjumpai kristal dadah dan sebuah lagi beg mengandungi bahan kristal dan sedikit pakaian,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Cawangan Narkotik KDRM di sini hari ini.

Beliau berkata, sejumlah 27.39 kilogram serbuk kristal disyaki syabu ditemui dalam beg pertama dan sebuah lagi beg mengandungi 27.15 kilogram serbuk kristal dipercayai syabu.

"Kedua-dua wanita itu berusia dalam lingkungan 40-an dan 20-an, manakala lelaki yang mengiringi mereka pula berumur 40-an,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka kini direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori. – Bernama

No comments:

Post a Comment