Friday, February 12, 2010

Perogol pelajar IPT diburu

KAJANG 12 Feb 2010 - Polis sedang memburu seorang pemuda yang memecah masuk sebuah rumah sebelum merogol seorang pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11 malam itu berlaku ketika gadis malang berusia 20 tahun tersebut berada seorang diri di rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Sakaruddin Che Mood berkata, tiga lagi rakan serumahnya keluar untuk makan malam ketika kejadian jenayah itu berlaku.

"Berdasarkan siasatan dan keterangan mangsa, suspek tidak berniat menyamun atau mencuri tetapi hanya mahu merogol mangsa," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini.

Mangsa juga, kata Mohd. Sakaruddin, tidak mengenali suspek dan percaya penjenayah itu telah memantau pergerakan wanita terbabit sebelum kejadian.

Beliau berkata, setakat petang ini, polis belum membuat sebarang tangkapan berhubung kejadian itu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan gadis-gadis supaya bergerak secara berkumpulan serta memastikan keselamatan mereka ketika berada di mana-mana tempat termasuk rumah.

No comments:

Post a Comment