25/02/2010 6:59pm
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan sekurang-kurangnya seorang pegawai perhubungan narkotik di enam negara yang dikenal pasti sebagai negara pengeluar utama dadah di dunia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ibu pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Zulhasnan Najib berkata, inisiatif terbaru untuk menempatkan mereka di pejabat Kedutaan Malaysia di negara terbabit akan membantu dalam aspek mengumpul maklumat melalui risikan.
Tanpa mendedahkan nama negara yang terbabit, beliau berkata, langkah itu dijangka akan dilaksanakan pertengahan tahun ini sekiranya segala proses berjalan lancar.
"Dengan cara menempatkan pegawai ini, polis dapat bersama-sama berkongsi maklumat dan bertukar-tukar kepakaran dengan agensi penguatkuasaan di negara berkenaan dalam usaha mematahkan cubaan menjadikan Malaysia sebagai transit dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Zulhasnan berkata, Malaysia kini sering menjadi sasaran penyeludupan dadah terutama yang membabitkan warga Iran dan ada yang lebih berani membuat makmal mini bagi memproses dadah di dalam negara. – Bernama
Thursday, February 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment