Monday, February 8, 2010

Dua penyamun jadikan wanita sebagai sasaran ditahan

08/02/2010 7:54pm


KUALA LUMPUR 8 Feb. – Dua penagih dadah yang menjadikan wanita yang berjalan berseorangan sebagai mangsa samun dan serangan seksual di kawasan Brickfields di sini, akhirnya berjaya ditahan oleh polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, kedua-dua lelaki berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.45 pagi Rabu lepas, masing-masing di tempat letak kereta dan di dalam sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini.

"Mereka dipercayai terlibat dalam 20 kes samun dan jenayah seksual di sekitar Brickfileds. Penahanan ini berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang mangsa wanita pada 25 Januari,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wanita berusia 24 tahun itu mendakwa suspek yang menaiki motosikal jenis Honda EX-5 itu telah menyamun telefon bimbitnya, gelang emas, wang tunai RM100 dan melakukan serangan seksual terhadapnya.

Katanya, siasatan polis mendapati kedua-dua lelaki berkenaan merupakan penagih dadah dan terlibat dalam 20 kes menyamun wanita di sekitar Brickfields, membabitkan nilai barangan dianggarkan RM25,000. – Bernama

No comments:

Post a Comment