Saturday, February 6, 2010

Bayi 5 bulan mati didera disyaki diliwat (6/2/10)

Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my
PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan yang mati dipercayai akibat didera pada 31 Januari lalu, juga didapati mempunyai kesan diliwat.

Berikutan itu, tempoh tahanan reman ke atas sepasang suami isteri yang ditahan berhubung kematian bayi mereka itu, dilanjutkan sehingga 12 Februari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata suspek berusia 33 dan 19 tahun itu



ditahan ketika menguruskan pengebumian anak tunggal mereka di sebuah tanah perkuburan di Sungai Buloh, 31 Januari lalu, sebelum ini direman lima hari sejak Isnin lalu.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh menunjukkan kesan lebam dan kecederaan pada seluruh badan bayi terbabit selain kesan dipercayai diliwat.

“Pasangan terbabit sebelum itu membawa bayi mereka ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan kira-kira jam 9 malam pada 31 Januari lalu selepas bayi itu berada dalam keadaan lemah seperti tidak bernyawa.

“Pasangan itu ditahan jam 5 pagi pada keesokan harinya dan tempoh tahanan reman mereka yang berakhir hari ini (semalam) dilanjutkan hingga 12 Februari bagi membantu polis melengkapkan siasatan,” katanya selepas majlis mesra rakyat kawasan Subang Perdana di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment