Friday, February 5, 2010

MUTAKHIR Lima termasuk tiga beranak ditahan niaga daun ketum (5/2/10)

BESUT: Polis merampas sejumlah daun ketum dan menahan lima orang termasuk sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kolam, Bukit Kenak di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata tiga sekeluarga itu ditahan ketika sedang menjalankan urusan jual beli barangan terbabit di rumah mereka.

"Turut ditahan dalam serbuan pada 10.30 malam tadi ialah sepasang kekasih. Mereka berumur antara 20 dan 43 tahun.



"Daun ketum itu ditemui disimpan dalam 13 guni beras dan dipercayai baru dibawa dari luar untuk pasaran tempatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kamaruddin berkata, daun ketum yang dirampas itu dianggar bernilai RM3,250 dan boleh mencecah RM13,650 apabila diproses.

"Kelima-lima suspek kini ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment