05/02/2010 3:00pm
SINGAPURA 5 Feb. – Dua warga Malaysia, seorang daripadanya wanita, dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah semalam kerana mengedar dadah.
Pang Siew Fum, 54, dan Cheong Chun Yin, 26, ditahan oleh para pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) negara bandar raya ini pada 17 Jun 2008 selepas mereka didapati mengedar sejumlah 7.7kg diamorphine.
Media tempatan hari ini melaporkan bahawa Chun Yin tiba di Lapangan Terbang Changi menaiki penerbangan SilkAir dari Myanmar dengan membawa sebuah beg bagasi beroda.
Dia kemudian bertemu Siew Fum di Terminal 2 dan menyerahkan beg itu kepadanya di tempat meletak kereta sebelum beredar dengan menaiki teksi, manakala Siew Fum pula memandu menuju ke Toa Payoh.
Para pegawai CNB yang mengekori pasangan itu kemudian menahan mereka.
Kira-kira 2.7kg diamorphine ditemui dalam beg hitam itu, dan di rumah Siew Fum, para pegawai berkenaan menjumpai dua lagi beg bagasi yang mengandungi kira-kira 5kg diamorphine. – Bernama
Thursday, February 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment