Thursday, April 1, 2010

Polis gagalkan cubaan rompak lori rokok

2010/04/01
ALOR GAJAH: Polis berjaya mematahkan cubaan sekumpulan empat lelaki berparang melarikan sejumlah rokok dari sebuah lori, dianggarkan bernilai kira-kira RM1.4 juta di Taman Samarinda, dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, berkata aktiviti kumpulan terbabit berjaya dikesan kira-kira jam 6 pagi, selepas mereka dilihat mengejar seorang pengawal wanita yang berada dalam kenderaan berkenaan.

"Pengawal wanita terbabit dilihat berjaya ditahan kumpulan terbabit, sebelum dimasukkan ke sebuah kereta tidak jauh dari situ dalam keadaan tangan diikat manakala matanya ditutup. “Kejadian itu hanya berlaku kira-kira 500 meter dari Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah," katanya di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment