Thursday, April 1, 2010

Dua budak diikat empat perompak bersenjata

2010/04/02
GUA MUSANG: Dua budak perempuan berusia 10 dan 13 tahun yang diikat bersama, menempuh saat cemas apabila leher mereka diancam dengan parang oleh sekumpulan lelaki yang menyamun sebuah keluarga peneroka dekat Paloh Dua di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian samun kira-kira jam 1 pagi itu, empat penyamun terbabit yang bersenjatakan parang dan kapak itu hanya sempat melarikan wang tunai RM400 dan sebuah telefon bimbit milik seorang daripada ahli keluarga mangsa.
Ketika kejadian, seorang lelaki, Muhamad Yaakob, 65, cedera di dada dan perut akibat terkena tetakan kapak yang digunakan penyamun terbabit apabila mangsa cuba melawan. Muhamad berkata, dia tersedar dari tidur apabila terdengar bunyi bising anak dan cucunya yang sudah ditahan di ruang tamu oleh kumpulan penjenayah terbabit yang turut memakai penutup muka.
“Sebaik membuka pintu bilik dan cuba melangkah keluar meninjau apa yang berlaku, seorang lelaki menerpa sambil mengangkat kapak untuk menetak kepala saya tetapi sempat dihalang.

“Ketika itu, saya melihat tangan cucu, Sharifah Nor Aina Anisah Syed Mohd Roslan, 10, diikat bersama anak bongsu saya, Nor Nazifah Muhammad, 13, sambil leher mereka diancam dengan parang.

“Melihat keadaan itu, saya bergelut dengan lelaki berkapak yang cuba menetak itu, sebelum rakan penyamun menerpa ke arah saya lalu menetak di bahagian dada dan beberapa minit kemudian seorang lagi datang menetak bahagian perut.
“Dalam kesakitan itu, saya nekad melawan mereka. Ketika itu, isteri saya, Ramlah Awang, 53, sempat berlari keluar sambil menjerit meminta bantuan daripada jiran, menyebabkan kumpulan penyamun itu bergegas melarikan diri dengan hanya sempat mengambil dompet milik menantu dan sebuah telefon bimbit," katanya ketika ditemui semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian terbabit.

dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan kumpulan penjenayah itu

No comments:

Post a Comment