Remaja ditahan elak sekatan jalan raya
KUALA LUMPUR 24 April - Seorang pelajar Tingkatan Empat yang cuba menunggang motosikal melawan arus bagi mengelak dari sekatan polis antara 14 penunggang yang ditahan dalam satu operasi mencegah samseng jalanan di sekitar ibu negara malam tadi.
Dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 12 tengah malam itu, remaja terbabit turut menunjukkan lencana polis bagi melepaskan diri daripada sekatan tersebut.
Menurut Ketua Unit Khas Trafik Jalan Bandar, Asisten Supritendan Azmi Wahid, pelajar itu ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan menggunakan lencana polis yang didakwa milik bapanya untuk dilepaskan.
Jelas Azmi, bagaimanapun, siasatan mendapati bapa remaja itu bukan seorang anggota polis dan tidak menolak kemungkinan pelajar terbabit menyamar sebagai anggota polis dalam beberapa kes ragut di sekitar ibu negara.
"Kita turut menahan lima anggota tentera dan seorang kakitangan Pos Malaysia yang menunggang motosikal tanpa lesen serta cukai jalan tamat tempoh," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Tambah Azmi, dalam operasi selama empat jam itu, 180 buah motosikal diperiksa dan 157 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Monday, April 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment