Monday, April 25, 2011

Pekerja KTMB temui 10 jari manusia berhampiran Stesen Kuang

Pekerja KTMB temui 10 jari manusia berhampiran Stesen Kuang


2011/04/25
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sedang memeriksa trek kereta api terkejut apabila menemui 10 jari manusia dalam sebuah beg plastik berhampiran Stesen Kuang, dekat sini hari ini.

Sharudin Manaf dilaporkan menemui jari tersebut dalam sebuah beg plastik berwarna putih kira-kira jam 10 pagi. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Rahim Abdullah, berkata turut ditemui dalam beg plastik itu ialah pita pelekat berwarna hijau, manakala sehelai baju berwarna hitam berbelang putih serta seluar panjang hitam ditemui berhampiran beg plastik tersebut. "Cap jari itu akan dirujuk segera ke Sistem Cap Jari Automatik Malaysia (MAFIS) untuk mengenalpasti butir-butir mangsa," katanya.

Rahim berkata, perlakuan jenayah itu dipercayai dilakukan kurang 24 jam.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan jari tersebut agar tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment