Tuesday, April 19, 2011

Dadah: Bekas pemain bola, isteri dihadap ke mahkamah

Dadah: Bekas pemain bola, isteri dihadap ke mahkamah
19/04/2011 3:22pm


MARANG 19 April - Bekas pemain bola sepak Terengganu dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis heroin seberat 120 gram di Bukit Payong dekat sini pada 9 April lalu.

Mohd. Asrul Zainuddin, 21, bagaimanapun dilepaskan atas permintaan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masriwani Mamat kerana tertuduh merupakan saksi pendakwaan polis.

Manakala isterinya, Razulaika Rashid, 34, dituduh melakukan perbuatan itu di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Razulaika mempunyai tiga orang anak bersama suami pertamanya manakala Mohd. Asrul yang juga bekas penjaga gol skuad Piala Presiden Terengganu adalah suami keduanya.

Tiada pengakuan direkodkan ke atas Razulaika sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nor Azizah Yusoff sebelum mahkamah menetapkan 5 Jun ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

No comments:

Post a Comment