Monday, November 29, 2010

3 ditahan, dadah RM165,000 dirampas

AMAR Singh Ishar Singh (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di IPKL, Kuala Lumpur, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 29 Nov. - Polis menahan tiga pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM165,000 ketika suspek dipercayai sedang menunggu pelanggan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, Khamis lalu.

Serbuan kira-kira pukul 7 malam itu dilakukan oleh unit Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi berdasarkan maklumat orang awam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, ketika serbuan, ketiga-tiga mereka berada di dalam sebuah kereta Perodua Myvi.

Beliau berkata, antara yang dirampas adalah jenis pil Eramin 5 berjumlah 10,022 biji, ekstasi (50 biji), syabu (tujuh peket) dan ganja (satu peket).

Difahamkan, ada di antara dadah-dadah itu diletakkan di dalam tisu lembap dan kotak kecil biskut.

"Saringan ujian air kencing mendapati, kesemua mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun itu positif dadah," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Katanya, siasatan pihaknya mendapati, salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.

Katanya, siasatan ke atas kenderaan yang digunakan juga adalah milik salah seorang daripada mereka.

"Kita juga percaya kumpulan ini aktif melakukan kegiatan pengedaran dadah sejak enam bulan lalu untuk pasaran pusat-pusat hiburan di ibu negara.

"Kesemua mereka ditahan reman tujuh hari sehingga 2 Disember bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Dalam kes berasingan, Amar Singh memberitahu, pihaknya menahan tiga remaja warga Nigeria di sebuah kondominium di Taman Connaught di sini, kelmarin kerana kesalahan membabitkan pemilikan dadah.

Katanya, kesemua mereka yang ditahan berusia 19 hingga 32 tahun dan merupakan pelajar di kolej swasta di ibu negara.

16 makmal dadah dibongkar

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Polis mencatat sejarah apabila berjaya membongkar 16 makmal memproses dadah dan merampas dadah seberat 3.5 tan yang dianggarkan bernilai RM220 juta dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Kejayaan itu boleh dianggap satu rekod kerana ia merupakan rampasan tertinggi dalam sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini, malah meningkat hampir 40 peratus berbanding tahun lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Othman Harun berkata, kejayaan besar itu adalah hasil usaha pembanterasan bersepadu dan berterusan yang dijalankan oleh anggotanya terutama terhadap kumpulan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Beliau berkata, dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, seramai 61 anggota sindiket dadah antarabangsa berjaya diberkas.

"Kita membongkar 16 makmal memproses dadah iaitu meningkat 40 peratus berbanding hanya 11 makmal yang diserbu sepanjang tahun lalu.

"Kumpulan sindiket itu memilih bandar-bandar besar yang sibuk dan menjadi tumpuan orang ramai seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor untuk mendirikan makmal operasi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan anggota sindiket dadah diberkas bukanlah di kalangan ahli kimia atau pakar tetapi rakyat tempatan, manakala penyeludup pula majoriti warga Iran.

Berdasarkan maklumat, kata Othman, sindiket dadah terbabit tidak sukar menghasilkan dadah di makmal tersebut kerana mudah mendapatkan bahan-bahan asas dan cara-cara untuk memprosesnya melalui Internet atau resipi sedia ada yang dibekalkan oleh sindiket itu sendiri.

"Ia (proses dadah) tidak ubah seperti memasak mee segera yang hanya perlu memasukkan air panas dan perencah," ujarnya.

Menurut Othman, setakat ini, sebanyak 3,559 jenis dadah berjaya dirampas termasuk 2.2 juta pil khayal termasuk pil psikotropik dan ekstasi yang mendapat permintaan tinggi di kalangan penagih tempatan.

Sehingga kini, katanya, kira-kira 1,000 rakyat asing ditangkap kerana kesalahan menyeludup dadah di negara ini sedang menunggu untuk menjalani hukuman termasuk digantung sampai mati.

Daripada 1,000 orang menunggu hukuman itu, ujarnya, warga Myanmar mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 283 orang, diikuti Iran 100 orang dan selebihnya dari lain-lain negara.

"Jika dicampur tangkapan rakyat tempatan dan warga asing, keseluruhannya terdapat 8,195 anggota sindiket penyeludupan dadah berjaya diberkas PDRM sejak Januari hingga September lalu, berbanding 6,381 orang ditangkap dalam tempoh sama tahun lalu," katanya.

Thursday, November 25, 2010

Polis tahan 4 lelaki curi komponen cip elektronik RM2.7 juta

2010/11/26
IPOH: Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian komponen pembuat cip elektronik yang diimport dari Taiwan dan Amerika Syarikat bernilai RM2.7 juta yang dilaporkan hilang pada 12 Ogos lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata keempat-empat lelaki berusia antara 30 hingga 36 tahun itu ditahan pada Ahad dan Isnin lalu di sekitar bandar raya ini hasil maklumat orang awam.
"Susulan tangkapan lelaki berkenaan, polis menemui semua komponen berkenaan di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Ringan, Silibin, di sini," katanya pada sidang media selepas majlis perbarisan sempena pertukaran Ketua Polis Perak, di sini hari ini. Zulkifli akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 1 Disember ini dan tempatnya akan dipangku Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof.

Kehilangan komponen itu dilaporkan sebuah syarikat pengangkutan di sini ketika ia dibawa sebuah treler dari Gudang Kargo KLIA di Sepang ke Ipoh.

Zulkifli berkata, siasatan mendapati seorang lelaki, yang juga pemandu treler berkenaan, telah menggunakan salinan kad pengenalan palsu semasa memohon kerja dan bertanggungjawab membawa komponen itu ke sini.

Beliau berkata, seorang daripada empat lelaki itu mempunyai kes membabitkan kesalahan mencuri, menipu, pecah amanah, samun dan kesalahan mengikut Akta Senjata Api (Hukuman Berat) yang dilaporkan di negeri ini, Selangor, dan Kuala Lumpur.
Mereka ditahan reman sejak ditahan sehingga esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 407 Kanun Keseksaan (pecah amanah oleh pembawa barang) yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda sekiranya disabitkan kesalahan.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata polis menahan seorang lagi suspek yang dipercayai dapat membantu kes pembunuhan seorang peguam di sini.

Katanya, suspek berusia 35 tahun itu ditahan semalam di sebuah rumah di sini dan setakat ini tujuh suspek ditahan, katanya.

"Suspek itu direman bermula hari ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Pada 16 November lalu, peguam G Balasunderam, 57, diserang dua lelaki bertopeng ketika turun dari kereta di hadapan rumahnya dai Taman Desa Rishah, Buntung di sini dan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada jam 9 malam hari yang sama.

Susulan kes pembunuhan itu, polis memberkas enam lelaki berusia 21 hingga 30 tahun pada Isnin lepas di sebuah hotel di Menglembu.

Zulkifli berkata, dengan penangkapan tujuh lelaki itu polis percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam waktu terdekat ini. - BERNAMA

Lelaki keturunan siam dipenjara 12 tahun, terbabit kes bunuh

2010/11/25
KANGAR: Seorang lelaki berketurunan Siam dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas didapati salah terbabit dalam pembunuhan seorang lelaki dalam satu pergaduhan di tepi Lebuhraya Changloon-Kuala Perlis, pada Mei tahun lalu.

Wednesday, November 24, 2010

Bomba selamatkan dua peragut

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

Seremban 24 Nov. – Gara-gara takut diberkas polis yang datang ke rumahnya, dua suspek kes ragut bertindak memanjat bumbung rumah jiran mereka sebelum menyorok di sebalik tangki air.

Namun usaha kedua-duanya sia-sia apabila mereka gagal pula untuk turun sehingga polis terpaksa memanggil pasukan bomba dan penyelamat.

Itulah berlaku terhadap dua suspek yang juga merupakan adik-beradik di Taman Bukit Kepayang, di sini kira-kira pukul 2 pagi ini.

Kedua-dua mereka ditahan polis sebaik sahaja operasi menyelamatkan mereka selesai dilakukan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin memberitahu, kedua-dua suspek berusia 20-an, sebelum itu dipercayai melakukan jenayah ragut di sebuah rumah di sekitar Jalan Tan Sri Manickavasagam, pukul 6.15 petang.

“Dalam kejadian itu, kedua-dua suspek menyamar sebagai pemungut hutang sebelum melarikan beg pinggang mangsa. Suspek-suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Ford Laser,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, bertindak hasil daripada maklumat, pihaknya berjaya mengesan rumah kedua-dua suspek di taman perumahan berkenaan, beberapa jam kemudian.

Katanya, namun ahli keluarga suspek dikatakan enggan memberikan kerjasama sebelum anggota terbabit menyedari kedua-dua mereka menyusup di atas bumbung rumah dua tingkat itu.

“Bagaimanapun mereka tidak boleh turun dari bumbung berkenaan sehingga kita terpaksa memanggil bomba bagi menurunkan suspek.

“Pihak bomba mengambil masa beberapa jam untuk menurunkan kedua-dua suspek sebelum mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk disoal siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Tiga ditembak penyamun syarikat pengurup wang

Oleh Muhamad Fairoz Azizan

2010/11/25


ANGGOTA polis memeriksa kawasan kejadian kes samun bersenjata di Kuala Lumpur, semalam.2 lelaki bertopi keledar larikan wang tunai RM200,000

KUALA LUMPUR: Dua pekerja syarikat pengurup wang dan seorang pengunjung gedung pakaian beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, cedera terkena tembakan dalam kejadian samun bersenjatakan pistol dan parang, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang di Chow Kit itu, dua lelaki yang memakai topi keledar bertutup penuh dan mulut ditutup dengan kain memasuki gedung berkenaan dan menyamun pejabat pengurup wang yang terletak di tingkat dua gedung itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata suspek mengacukan senjata ke arah seorang pekerja pengurup wang itu dan mengarahkannya memasukkan sejumlah wang tunai pelbagai mata wang yang dianggarkan bernilai RM200,000 ke dalam sebuah beg. “Suspek kemudian melarikan diri melalui tangga gedung itu dan salah seorang pekerja syarikat terbabit mengejar suspek, namun suspek bertindak melepaskan tembakan mengenai tangan dan perut mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Beliau berkata, seorang pengunjung wanita gedung itu terkena tembakan rambang dan mengenai kaki kanannya, manakala seorang lagi pekerja syarikat itu cuba mengejar suspek namun terkena tembakan di bahagian paha kiri.

Katanya, kedua-dua suspek dipercayai berusia lewat 20-an melarikan diri dengan menaiki motosikal dan siasatan polis mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang dalam gedung berkenaan.

“Seorang pekerja syarikat pengurup wang itu parah, manakala dua lagi mangsa cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Semua mangsa berusia lingkungan 30-an,” katanya.
Beliau berkata, kes di siasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata

Tuesday, November 23, 2010

Rahsia makmal dadah terbongkar

Seorang anggota polis dari Unit Forensik memeriksa sebahagian dadah serta pelbagai bahan membuat dadah di Lorong Lima, Air Itam, Pulau Pinang, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



PULAU PINANG 23 Nov. – Taktik sindiket dadah menjadikan sebuah rumah teres di Lorong Lima, Jalan Matang Kucing di Ayer Itam di sini sebagai makmal memproses dadah akhirnya terbongkar.

Ia berikutan salah sebuah bilik di rumah berkenaan yang disyaki dijadikan makmal memproses dadah jenis syabu terbakar, menyebabkan penghuni rumah tersebut melarikan diri.

Kejadian berlaku kira-kira pada pukul 8 pagi apabila dua lelaki yang dipercayai tinggal di rumah tersebut sedang rancak memproses dadah sebelum insiden itu berlaku.

Difahamkan, ketika usaha memadamkan kebakaran, anggota-anggota bomba mendapati ia bukan sebuah rumah biasa tetapi dijadikan makmal memproses dadah.

Tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian pada pukul 2 petang mendapati sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri dan pasukan forensik sedang sibuk menjalankan siasatan di rumah tersebut.

Polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi dan seekor anjing dipercayai digunakan sindiket berkenaan untuk mengawal kawasan rumah itu.

Ketua JSJN negeri, Supritendan S. Batumalai ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penemuan tersebut dan memberitahu polis berjaya menemui dadah seberat kira-kira empat hingga lima kilogram.

“Rumah tersebut dipercayai dijadikan makmal memproses dadah jenis syabu bernilai lebih RM1 juta,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Mohd. Zurizan Mohd. Yusof ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden berkenaan pada pukul 8.12 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

“Kita berjaya mengawal kebakaran yang berlaku di salah sebuah bilik rumah tersebut pukul 8.25 pagi dan operasi selesai sepenuhnya pada 10.18 pagi sebelum kita serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Hasil siasatan awal mendapati, semasa kejadian berlaku penghuni tiada di rumah dan kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada gas memasak di bilik terbabit yang kita tidak mengetahui untuk kegunaan apa,” ujarnya.

Mati disyaki dikelar suami

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

2010/11/24
Mangsa hamil ditemui pemilik rumah sewa terlentang dalam bilik

JOHOR BAHRU: Seorang wanita mengandung ditemui mati dengan kesan kelar di lehernya dipercayai dilakukan oleh suaminya sendiri di rumahnya di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram di sini, kelmarin.

Rohana Hamzah, 26, ditemui pemilik rumah yang disewa mangsa dan suaminya dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah kira-kira jam 1 tengah hari sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa. Bapa mangsa, Hamzah Mohd, 51, mendakwa anaknya mengalami masalah rumah tangga. "Semalam (kelmarin) arwah ada menelefon saya kira-kira jam 11.15 pagi meminta salinan kad pengenalannya yang ada dalam simpanan saya. Dalam perbualan itu, saya terdengar bunyi bising seperti pertengkaran sedang berlaku sebelum talian terputus.

"Saya cuba menghubunginya kembali namun gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.

Hamzah berkata, beliau kemudian menerima panggilan bapa saudara menantunya kira-kira jam 2.30 petang, memintanya datang ke rumah anaknya untuk berbincang mengenai masalah keluarga.

"Ketika itu, hati saya semakin berdebar dan apabila sampai di rumah arwah, saya melihat orang ramai dan polis berada di pekarangan rumahnya.
"Saya terkejut dan hampir pengsan apabila polis menunjukkan mayat anak saya dalam keadaan terlentang di dalam bilik utama," katanya.

Hamzah berkata, beliau kemudian melihat suami mangsa dalam keadaan bergari dan dibawa polis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, mengesahkan suami mangsa berusia 24 tahun yang juga suspek utama kes itu kini ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, polis akan menyiasat kes itu secara menyeluruh dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi hingga menjejaskan siasatan.

Monday, November 22, 2010

Tiga bersaudara dakwa rakan paksa seks oral

Oleh Mohamed Farid Noh

2010/11/22
Empat kanak-kanak 9 dan 12 tahun ditahan bantu siasatan

BATU PAHAT: Tiga kanak-kanak bersaudara berusia lima dan enam tahun dipaksa melakukan seks oral dan diliwat empat rakan sepermainan mereka berusia sembilan hingga 12 tahun di sebuah rumah pangsa contoh di Taman Bukit Perdana di sini, Selasa lalu.

Empat kanak-kanak dikatakan turut mengugut akan memukul tiga sepupu itu sekiranya mereka memberitahu kejadian berkenaan kepada orang lain. Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar apabila abang salah seorang mangsa yang berusia tujuh tahun terlihat kejadian berkenaan, sebelum memaklumkan kepada neneknya. Ibu salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Min, 20-an berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Selasa lalu itu salah seorang anaknya pulang dan memberitahu adiknya main 'romen-romen dan jolok-jolok' di dalam rumah contoh berkenaan.

Saya mulanya nak memukulnya kerana difikirkan sengaja mencarut, tetapi berubah fikiran selepas melihat seorang lagi anak dan dua anak saudara lain yang sebelum ini keluar bermain pulang ke rumah dalam keadaan mencurigakan.

"Melihatkan anak saya serta dua anak saudara sudah pulang, saya terus memarahi mereka sebelum memaksa mereka menjelaskan maksud anak sulung saya dengan main 'romen-romen dan jolok-jolok.

"Hati saya bagai dipanah halilintar apabila anak dan dua anak saudara saya mengaku dipaksa melakukan oral seks oleh empat rakan mereka. Saya kemudian membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membuat laporan polis.
"Selepas itu, saya membawa ketiga-tiga mereka ke Hospital Batu Pahat untuk melakukan pemeriksaan dan mengesahkan ketiga-tiga mereka turut diliwat.

"Kami terkejut dengan hasil pemeriksaan doktor itu dan semua mangsa dimasukkan ke wad dan ditahan untuk pemeriksaan susulan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, petang semalam.

Kelmarin, Min sekali ke IPD untuk membuat laporan polis kedua bagi memaklumkan hasil pemeriksaan doktor yang mengesahkan tiga kanak-kanak itu mempunyai kesan diliwat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, pihaknya sudah menahan empat kanak-kanak terbabit bagi membantu siasatan.

Kanak-kanak itu ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377 kerana melakukan seks luar tabii dan dibebaskan atas jaminan polis

Pencuri bogel ala toyol pecah rumah ditahan

2010/11/22
KUALA TERENGGANU: Kehebatan seorang lelaki yang melakukan pencerobohan ala toyol apabila berbogel ketika memecah masuk rumah mangsa akhirnya tewas selepas dia ditahan sepasukan anggota polis, awal pagi, semalam.

Toyol dari Kampung Losong Haji Su, di sini, yang menjadi buruan polis selepas terbabit dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar kampung berkenaan ditahan di hadapan surau Kampung Losong Haji Mohd kira-kira jam 6.20 pagi.
Penahanan toyol berusia 20 tahun itu dilakukan Cif Inspektor Narizan Jusoh dan tiga anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bersama enam anggota dari Balai Polis Chabang Tiga selepas menerima laporan seorang guru wanita berusia 31 tahun kelmarin. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Terengganu, Superintendan Mohd Zani Che Din, berkata mangsa menyedari rumahnya di Kampung Losong Haji Mohd diceroboh selepas terdengar seperti orang sedang menyelongkar barang dalam bilik tidurnya, jam 3.45 pagi.

Beliau berkata, terkejut melihat kelibat lelaki sedang menyelongkar beg tangannya, mangsa kemudian menjerit, menyebabkan suspek melarikan diri bersama beg tangan mangsa yang mengandungi kamera digital, kunci kereta, kunci rumah, kad kredit, buku akaun Tabung Haji dan wang tunai RM250 serta beberapa dokumen pengenalan diri

6 lelaki ditahan bantu kes bunuh

Oleh Shamsul Kamal Amarudin

2010/11/22
IPOH: Enam lelaki berusia antara 21 hingga 30 tahun ditahan di Menglembu, di sini awal pagi semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam seorang peguam pada 16 November lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata semua mereka ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di situ oleh sepasukan polis pada jam 3.45 pagi. Semua suspek terbabit kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret menaiki sebuah van kira-kira jam 2.20 petang untuk memohon perintah tahanan reman. Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed membenarkan permohonan polis untuk menahan reman semua suspek selama tujuh hari sehingga Ahad ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Ketika dibawa keluar mahkamah, beberapa ahli keluarga cuba menutup muka suspek menggunakan baju putih dan jaket, manakala beberapa suspek lain pula menggunakan baju lokap untuk menutup wajah mereka daripada sasaran jurugambar.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Selasa lalu itu, peguam G Balasumdram, 57, yang sering memberi khidmat percuma kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM), maut ditikam dua lelaki bertopeng, dipercayai pembunuh upahan di hadapan kediamannya di Desa Rishah, di sini.

Berikutan kejadian berkenaan, Polis Perak menubuhkan pasukan penyiasat di peringkat tertinggi untuk mengesan suspek kerana menganggap pembunuhan terancang itu satu kes serius yang mungkin ada kaitan dengan kes yang pernah dikendali mangsa sebelum ini.
Pasukan penyiasat berkenaan yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, menggabungkan kepakaran pelbagai bidang membabitkan pegawai dari Ibu Pejabat Kontinjen Perak, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan Bukit Aman untuk mengendalikan kes itu.

Geng Lawi Ayam tumpas

2010/11/22
TUMPAT: Polis Kelantan menumpaskan "Geng Lawi Ayam" apabila menahan ketua kumpulan bersama isteri dan adiknya serta seorang lagi yang aktif menyamun dan pecah rumah di sekitar daerah Tumpat dan Kota Baharu sejak 10 bulan lalu.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim, berkata dengan tertangkapnya semua ahli kumpulan itu yang berumur antara 20 dan 29 tahun, polis menyelesaikan sekurang-kurang 74 kes samun dan curi, termasuk kes pecah rumah yang terbaru pada 14 November lalu.
Katanya, serbuan pertama dijalankan apabila polis mendapat maklumat mengenai seorang daripada penjenayah itu berusia 21 tahun dan menahannya di sebuah rumah di Kampung Laut, Palekbang, di sini, minggu lalu. Hasil soal siasat, polis menahan dua lagi ahli kumpulan itu iaitu adik dan isteri ketua kumpulan berkenaan.

"Berikutan penahanan tiga orang itu polis berjaya menahan ketua kumpulan itu yang berusia 25 tahun di sebuah rumah di Kampung Semut Api, Kota Baharu," katanya.

Polis menemui dan merampas barangan curi termasuk 11 utas gelang emas, lapan utas rantai leher, sembilan gelang tangan, dua anting-anting, kerongsang, 20 bentuk cincin, 20 biji batu permata, 13 jam tangan dan 20 telefon bimbit, beberapa komponen motosikal, 12 keping wang siling kenangan, barangan elektrik, komputer riba dan televisyen, yang semuanya bernilai RM70,000.

"Polis turut menemui pelbagai jenis senjata berbahaya termasuk parang, pedang, sabit, kapak dan lawi ayam selain walkie-talkie. Polis juga telah mengambil keterangan daripada dua orang yang membeli barang-barang curi daripada kumpulan itu," katanya. - BERNAMA

Geng Mat Yie tumpas

22/11/2010 5:21pm



Oleh AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my

TUMPAT 22 Nov. _ Polis berjaya menyelesaikan 74 kes samun dengan tertumpasnya Geng Mat Yie selepas empat anggota kumpulan berkenaan berusia 20-an, ditahan dalam empat serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kota Bharu dalam tempoh enam hari bermula 14 November lalu.

Dalam serbuan itu yang diketuai oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Sukeri Hassan, polis turut merampas berpuluh-puluh jenis senjata merbahaya, peralatan pecah rumah, komponen motosikal dan pelbagai jenis barangan curi bernilai RM70,000.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, geng tersebut diketuai oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Mat Yie, 25, dan dibantu oleh adiknya, Mat Yo, 23, dipercayai bergiat aktif sejak 10 bulan lalu di Wakaf Bharu, Palekbang di Tumpat dan sekitar Kota Bharu. - Utusan

Sunday, November 21, 2010

Warga asing tetak 2 beranak

MANJUNG 21 Nov. 2010 - Dua beranak parah selepas ditetak dengan parang oleh tiga penjenayah dipercayai warga asing yang merompak empat telefon bimbit dari rumah mereka di Kampung Matang Acheh, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, Che Omar Ahmad, 58, cedera di kaki dan kepala manakala anak lelakinya, Saiful, 25, cedera di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jamil Osman berkata, ketika kejadian, Che Omar, isterinya, Fatimah Dali, 48, dan enam ahli keluarganya termasuk Saiful sedang nyenyak tidur.

Katanya, seorang daripada tiga penjenayah berkenaan dikatakan masuk ke dalam rumah tersebut melalui salah satu tingkap dapur yang diumpil dari luar dan kemudian membuka pintu depan supaya dua lagi rakannya dapat masuk.

"Kesemua suspek memakai topeng muka dan mereka menggeledah rumah tersebut sebelum masuk ke bilik tidur Saiful untuk mencari barang berharga.

"Namun, kehadiran mereka disedari Saiful lalu berlaku pergelutan di ruang tamu sehingga menyebabkan Saiful mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat ditetak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd. Jamil berkata, pergelutan tersebut menyebabkan Che Omar tersedar dari tidur dan terus ke ruang tamu untuk membantu anaknya.

"Kehadiran Che Omar menyebabkan salah seorang suspek telah memukul dan menetaknya menggunakan parang menyebabkan dia cedera di bahagian kaki dan kepala," jelasnya.

Mohd. Jamil berkata, kedua-dua mangsa kini menjalani rawatan di Hospital Seri Manjung di sini dan keadaan mereka dilaporkan semakin stabil.

Thursday, November 18, 2010

Dua lelaki bersenjata parang samun suri rumah

2010/11/19
TEMERLOH: Dua lelaki bersenjata parang menyamun dua suri rumah dalam dua kejadian berasingan di Taman Temerloh Jaya dan Taman Rimba, Mentakab dekat sini, pagi semalam.

Kedua-dua suspek dipercayai orang yang sama, iaitu seorang bertubuh kurus dan seorang lagi berbadan gempal menunggang motosikal jenis Yamaha 125 berdasarkan laporan mangsa. Dalam kejadian pertama pada jam 8 pagi, suspek memasuki pekarangan sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya lalu mengugut mangsa ketika itu sedang menyiram pokok bunga. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, berkata suri rumah berusia 30-an itu tidak dapat berbuat apa-apa selepas suspek mengacukan parang ke arahnya dan mengarahkannya berdiam diri.

“Mangsa yang ketakutan terpaksa menyerahkan rantai lehernya yang dianggarkan bernilai RM15,000 kerana bimbang dicederakan,” katanya.

Beliau berkata, sejurus selepas itu, kedua-dua suspek melarikan diri dan menghala ke arah Taman Rimba, Mentakab.

Katanya, suspek menggunakan modus operandi yang sama, iaitu menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah dan mengugut mangsa yang ketika itu sedang membersihkan lantai.
“Seorang suspek mengacukan parang ke arah mangsa dan meminta diserahkan rantai leher sebelum melarikan diri.

“Dalam kejadian berkenaan, mangsa berusia 40-an kerugian rantai leher bernilai RM3,000,” katanya.

Md Nor berkata, kedua-dua mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada jam 11.30 pagi semalam.

Katanya, kes itu siasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil ke IPD Temerloh bagi membantu siasatan.

Jaga maut diserang warga Vietnam

2010/11/19
SUNGAI PETANI: Seorang pengawal keselamatan sebuah kilang mati, manakala rakannya cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki warga Vietnam dalam pergaduhan di sebuah kilang membuat tiang konkrit di Amanjaya, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku pada jam 2.30 pagi ketika mangsa, Mohd Nasir Mohd Salleh, 33, bersama rakannya, Zulkifli Abu Seman, 49, berada di hadapan pintu masuk kilang tempat dia bertugas apabila diserang sekumpulan warga Vietnam menggunakan kayu dan senjata tajam. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, berkata serangan itu menyebabkan Mohd Nasir dan Zulkifli tidak sempat melawan. Katanya, kedua-dua mangsa parah di tangan, kepala dan badan akibat ditetak dengan senjata tajam dan dipukul dengan kayu.

Beliau berkata, Mohd Nasir mati di tempat kejadian, manakala Zulkifli kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim di sini.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati kumpulan pekerja Vietnam terbabit terhadap kedua-dua mangsa.

“Kita masih menyiasat berapa suspek kerana mereka melarikan diri selepas kejadian. Polis bagaimanapun menahan sejumlah lelaki Vietnam untuk membantu siasatan,” katanya.

Wednesday, November 17, 2010

Mayat lelaki dengan tangan, kaki terikat ditemui dalam lombong

2010/11/18
KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah lombong dengan keadaan tangan dan kakinya diikat dengan wayar di Kampung Keliang, Kalumpang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Affendi, berkata tiga kesan tikaman dikesan di belakang badan lelaki yang dipercayai warga asing berumur 30-an itu yang ditemui terapung dalam lombong berkenaan oleh orang awam pada 6.30 petang semalam. "Selain diikat, bahagian muka lelaki itu turut dibalut dengan pita pelekat," katanya melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di sini hari ini. Beliau berkata, identiti lelaki itu belum dikenal pasti dan mayat lelaki dengan ketinggian 153 sentimeter itu ditemui dengan t-shirt belang berwarna coklat dan biru, berseluar jeans berwarna coklat dan bertali pinggang hitam.

Norel Azmi berkata, mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat dan pemeriksaan awal mendapati lelaki itu mati sejak tiga hari lalu.

Kes bunuh itu sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Polis berjaya tumpas cubaan samun treler

2010/11/18
JOHOR BAHRU: Polis berjaya mematahkan cubaan samun treler kontena berisi dakwat pencetak industri bernilai lebih RM200,000, kelmarin dan kini sedang memburu suspek kes terbabit.

Dalam kejadian 7 malam kelmarin, dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya yang menjalankan rondaan di Kawasan Perindustrian Taman Tan Sri Yaakob, di sini, mengesan sebuah kontena tanpa kepala treler yang dipercayai disamun beberapa jam sebelum itu. Ketika anggota polis itu menghampiri dua lelaki yang berada berhampiran treler berkenaan, mereka dengan tiba-tiba memandu sebuah kenderaan lain dan melarikan diri. Pemeriksaan polis terhadap kontena berkenaan membawa kepada penemuan dakwat pencetak industri itu yang dipercayai hasil samun kontena berkenaan.

Terdahulu, polis menerima maklumat mengenai dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai menyamun lori kontena itu dan membawa bersama pemandunya yang ketika itu dalam perjalanan ke Pasir Gudang, kira-kira jam 4.30 petang.

Mata serta tangan pemandu berusia 45 tahun itu diikat oleh suspek sambil mengacu parang kepada pemandu itu.

Suspek dipercayai memandu lori terbabit ke kawasan Perindustrian Taman Tan Sri Yaakob dan meninggalkan kontena berkenaan di bahu jalan kira-kira 7 malam, manakala kepala treler ditinggalkan di Jalan Layang, Taman Perling, di sini bersama pemandu dengan mata dan tangannya masih diikat.
Pemandu treler berkenaan yang diselamatkan orang ramai, membuat laporan di Balai Polis Taman Perling.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff meminta orang ramai yang mempunyai sebarabg maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi talian hotline Polis Johor di 07-2212999 atau datang ke balai polis berhampiran.

Kekasih minta putus cinta mati ditolak dari motosikal

Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my
2010/11/18
Wanita cedera parah kepala terhentak di jalan raya

GEORGETOWN: Gara-gara cintanya ditolak, seorang penjual surat khabar warga India bertindak menolak kekasihnya yang bekerja sebagai pembantu rumah dari motosikal sebaik tiba di rumah mangsa di Jalan Pahang, sehingga menyebabkan kematiannya di sini kelmarin. Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan 30-an didakwa menolak kekasihnya dikenali sebagai Atika ketika pertengkaran yang difahamkan berpunca selepas Atika menyuarakan hasrat untuk memutuskan hubungan cinta mereka. Selepas seketika, pertengkaran menjadi tegang dan suspek kemudian menolak Atika yang sedang duduk di motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Wan Abdullah Tuanku Said, berkata tolakan itu menyebabkan kepala Atika terhentak di jalan raya dan mengalami kecederaan parah.

"Suspek yang ketakutan meninggalkan mangsa dalam keadaan berlumuran darah, mangsa dibawa oleh orang awam ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Mangsa yang berada dalam keadaan koma meninggal dunia jam 12.02 pagi semalam, kira-kira 13 jam selepas kejadian,” katanya, di sini, semalam.
Beliau berkata, suspek ditahan di premis kedainya di Jalan Datuk Keramat beberapa jam kemudian hasil maklumat daripada rakan mangsa yang menerima panggilan daripada suspek yang memberitahu mengenai kejadian itu.

“Suspek ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Wanita kena samun terima 15 jahitan

2010/11/18
TELUK INTAN: Seorang wanita menerima 15 jahitan di leher selepas dikelar seorang lelaki dalam cubaan samun di hotel murah di sini, kelmarin.

Mangsa berusia dalam lingkungan 50-an yang menyewa bilik di Jalan Pasar, didatangi seorang lelaki India. Sebaik wanita itu membuka pintu, suspek mengeluarkan pisau dan menggugut mangsa menyerahkan barang berharga sebelum berlaku pergelutan. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata wanita terbabit menjerit meminta pertolongan dan suspek yang terkejut mengelar lehernya.

"Suspek kemudian cuba melarikan diri tetapi pengurusan hotel dan orang ramai berjaya menahan suspek dan menyerahkannya kepada polis. Wanita yang cedera itu dihantar ke Hospital Teluk Intan dan kini stabil," katanya di sini, semalam.

Goh berkata, suspek ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh

Peguam maut ditikam 2 lelaki

Oleh Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my
2010/11/18


MAYAT Balasumdram dibawa masuk ke rumah mayat HRPB, Ipoh untuk bedah siasat, semalam. Gambar kecil, G Balasumdram.Penjenayah bertopeng rodok perut, leher mangsa 17 kali guna pisau rambo

IPOH: Seorang peguam yang sering memberi khidmat percuma kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM), maut ditikam oleh dua lelaki bertopeng dipercayai pembunuh upahan, dalam kejadian di hadapan rumahnya, di sini, pada jam 5 petang kelmarin. G Balasumdram, 57, parah kerana mengalami pendarahan serius selepas ditikam 17 kali di perut dan leher oleh kedua-dua penjenayah itu menggunakan pisau Rambo. Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pada jam 9.30 malam.

Adik ipar mangsa, G Rajan, 48, berkata saksi kejadian memberitahunya mangsa diserang dua lelaki bertopeng bersenjatakan pisau di hadapan rumah ketika mangsa baru pulang dari tempat kerja.

“Berdasarkan maklumat saksi, Balasumdram diserang dan ditikam bertubi-tubi oleh dua lelaki terbabit yang datang dengan dua motosikal. Penjenayah itu terus memecut laju sebaik saja menikam mangsa,” katanya ketika ditemui di bilik mayat HRPB, di sini, semalam.

Beliau berkata, kejadian buruk itu amat mengejutkan mereka sekeluarga kerana abang iparnya seorang yang baik dan tiada musuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata polis masih menjalankan siasatan termasuk motif serangan dan sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dibuat

Lelaki berang libas pedang samurai

Oleh Sarah Sulaiman
sarahsulaiman@bharian.com.my
2010/11/18


PEMILIK tanah yang disyaki menjalankan aktiviti mencuri pasir di Sungai Kembung Hulu menujukkan pedang samurai kepada Penguat kuasa Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat di Semenyih, kelmarin.Pemilik lombong pasir haram bertindak ganas elak penguat kuasa sita jentera

SEMENYIH: Pemilik kawasan melombong pasir haram di Sungai Kembong Hulu, dekat sini dipercayai bertindak ganas apabila menggunakan pedang samurai untuk menghalang penguat kuasa Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat (PTDHL) daripada menyita jentera yang digunakannya. Lapan anggota PTDHL termasuk wartawan Berita Harian berdepan detik cemas apabila lelaki berusia 30-an, itu mengarahkan rakannya menutup palang pintu kawasan perlombongan dan kemudian bertindak melibas serta mengancam akan membunuh penguat kuasa yang cuba mengambil tindakan. Penguat kuasa PTDHL membuat pemeriksaan berikutan pendedahan Sentral kelmarin, bahawa kawasan terbabit menjalankan semula kegiatan mengorek dan mencuri pasir di kawasan lombong pasir haram walaupun pernah dikenakan tindakan sebulan lalu.

Lelaki itu juga bertindak mengancam membunuh sesiapa saja selepas Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasa), PTDHL, Mohd Fadhlullah Omar mengarahkan anggotanya menyita jentera bernilai lebih RM300,000 yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan terbabit.

“Saya tidak bersalah, ini tanah saya dan apa bukti yang saya menjalankan kegiatan ini (curi pasir). Sebelum ini pejabat tanah (PTDHL) suruh saya ratakan pasir saja, kali ini kenapa nak ambil jentera.

“Siapa ambil jentera biar dua-dua mati, saya mati di tali gantung, awak mati di pedang saya,” kata lelaki itu yang berang sambil memegang dan menghunuskan pedang ke arah anggota PTDHL.
Pada 19 Oktober lalu, sepasukan penguat kuasa PTDHL bersama agensi penguat kuasa lain, menyerbu kawasan perlombongan pasir haram itu menemui sebuah mesin pengaut pasir yang disorokkan dan mengeluarkan arahan supaya kegiatan perlombongan dihentikan serta-merta.

Sementara itu, Pegawai Daerah Hulu Langat, Zainal Abidin Aala berkata laporan polis dibuat di Balai Polis Beranang, di sini berhubung tindakan lelaki terbabit yang menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan mengancam menggunakan pedang.

“Kita difahamkan lelaki itu mengamuk selepas penguat kuasa mahu menyita jentera yang disewa RM10,000 sebulan. Selepas gagal menyita jentera itu termasuk kekurangan bukti anggota PTDHL hanya menyita bateri dan komponen penting jentera.

Katanya, PTDHL memberikan notis 8A iaitu mewartakan tanah itu milik kerajaan kerana kegagalan mematuhi notis 7B yang dikeluarkan sebelum ini.

“Selepas memberikan notis 8A kertas siasatan akan disiapkan, individu akan diambil tindakan mengikut Seksyen 426 (1) Kanun tanah Negara Pindaan 2008 yang jika disabitkan kesalahan pengusaha terbabit boleh didenda RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tuesday, November 16, 2010

Kontraktor edar heroin dihukum gantung sampai mati

2010/11/16
KOTA BHARU: Seorang kontraktor Kelas F hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana kesalahan mengedar dadah jenis heroin, September tahun lalu.

Fauzi Shafiei, 49, juga dihukum penjara selama dua tahun dari tarikh dia ditahan atas tuduhan kedua iaitu memiliki dadah jenis methamphetamine. Hakim Tuan Azman Abdullah, ketika membacakan penghakimannya, berkata pihak pendakwaan sudah berjaya membuktikan kesalahan yang dilakukan tertuduh dalam semua pertuduhan itu. "Bagi pertuduhan kedua, kamu dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dari tarikh kamu ditahan manakala bagi pertuduhan pertama hanya satu hukuman saja yang boleh dijatuhkan terhadap kamu iaitu hukuman gantung sampai mati," katanya.

Bagi pertuduhan pertama Fauzi yang berasal dari Langkap, Permaisuri di Terengganu itu pada 8 September, jam 7.10 pagi di tepi jalan Kampung Pangkal Pisang, Peringat di sini didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 124.08 gram.

Atas pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang juga boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama iaitu sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Untuk pertuduhan kedua, Fauzi didakwa pada tempat dan masa yang sama telah memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.44 gram dan dituduh mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama.
Ketika rayuan, tertuduh yang diwakili Ahmad Nizam Mohamad memohon agar mahkamah dapat menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sehingga tertuduh membuat rayuan dan juga memohon agar hukuman diringankan atas faktor mempunyai tanggungan dan sudah insaf.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Hussin.

Remaja mati ditembak mangsa ketika merompak

2010/11/16
PETALING JAYA: Seorang remaja bersenjatakan parang mati ditembak oleh seorang bekas mandur estet dalam satu cubaan merompak di Sungai Way di sini pagi ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Khaw Kok Chin, berkata remaja berusia 17 tahun itu sebelum itu telah mengugut pambantu rumah mandur itu supaya menyerahkan wang. "Ketika itu bekas mandur berkenaan ternampak remaja terbabit lalu mengambil senapang patah dan melepaskan dua tembakan semasa remaja itu cuba menyerangnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Khaw berkata, dalam kejadian 9.40 pagi itu, tiga anggota keluarga bekas mandur itu berada di rumah.

Katanya, remaja itu dipercayai datang bersama empat rakannya berumur antara 17 dan 20-an untuk melakukan jenayah itu.

"Tiga daripada mereka menunggu dalam sebuah kereta mewah manakala seorang lagi menunggu di luar rumah ketika remaja itu memasuki rumah.

"Remaja itu terkena satu das tembakan di tulang rusuk manakala rakan-rakannya sempat melarikan diri," katanya.
Polis sedang mengesan kesemua mereka. - BERNAMA

Penjaga pakir dituduh cedera wanita dengan kapak

2010/11/16
SHAH ALAM: Seorang penjaga tempat letak kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mencederakan seorang wanita menggunakan sebilah kapak semasa merompak mangsa pada akhir bulan lalu.

Nuradham Khairuddin, 27, dari Sungai Buloh, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Hasbi Hasan. Tertuduh didakwa merompak sebuah beg tangan, dua buah telefon bimbit Nokia dan Sony Ericsson serta wang tunai RM2,000 milik Hasimah Yusof, 46, dan semasa melakukan rompakan tertuduh telah mencederakan mangsa menggunakan sebilah kapak. Nuradham didakwa melakukan kesalahan itu di tepi kilang No: 65, Jalan Kip 9, Taman Perindustrian Kip, Sri Damansara, Kepong, Gombak, kira-kira 5.30 petang pada 27 Oktober lalu.

Tertuduh yang ditangkap pada hari kejadian didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Baharom yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh kerana dalam kes itu ada senjata digunakan dan mangsa telah dicederakan.

Nuradham pula memohon mahkamah membenarkannya diikat jamin atas alasan dia perlu menanggung keluarga.
Hasbi kemudian memutuskan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan menetapkan 7 Disember depan untuk sebutan bagi tertuduh melantik peguam. - BERNAMA

Monday, November 15, 2010

pengurus hotel mati dibunuh

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 15 Nov. - Misteri penemuan mayat seorang lelaki di Tasik Beris, Sik dekat sini petang Jumaat lalu terjawab apabila polis hari ini mengenal pasti identiti mangsa.

Mangsa ialah seorang pengurus sumber manusia di sebuah hotel terkemuka di sini iaitu Ahmad Ramzi Zakaria, 42.

Lelaki itu yang berasal dari Bandar Amanjaya di sini dipercayai mati dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam tasik.

Adik mangsa, Siti Ramziah, 38, berkata, dia dan ahli keluarganya dimaklumkan mengenai penemuan abangnya itu oleh polis kira-kira pukul 10.45 malam tadi.

"Kami diminta melakukan pengecaman mayat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan setelah dicam, mayat itu adalah abang saya, Ahmad Ramzi," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, di sini hari ini.

Siti Ramziah berkata, berdasarkan maklumat polis, abangnya itu dipercayai dibunuh sejak beberapa hari lalu sebelum mayatnya dibuang di dalam Tasik Beris.

Katanya, abangnya yang menyewa rumah seorang diri di Taman Desa Indah di sini, dikesan hilang dari rumah pada 5 November lalu.

"Pada 7 November lalu, kami menerima panggilan daripada majikannya mengatakan dia sudah tidak pergi kerja selama beberapa hari," katanya.

Menurutnya, dia dan ahli keluarga kemudian keluar mencari Ahmad Ramzi di rumah beberapa kenalannya tetapi gagal.

"Semasa pergi ke rumah sewanya, kami dapati pintu pagar tidak berkunci selain pintu rumah tidak ditutup rapat.

"Jiran-jirannya memberitahu abang saya keluar pada 5 November sekitar pukul 3 hingga 5 pagi," katanya.

Katanya, selepas mengesyaki sesuatu tidak diingini berlaku terhadap Ahmad Ramzi, keluarga itu kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Siti Ramziah berkata, dia tidak pasti motif kejadian memandangkan abangnya merupakan seorang yang baik hati dan tidak pernah mempunyai musuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Supritendan Zaidong Mustaffa ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 2 petang Jumaat lalu berhampiran jambatan di tebing Tasik Beris.

"Polis belum mengenal pasti motif kejadian dan laporan bedah siasat akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat," katanya.

Zaidong turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes tersebut supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik di talian 04-4695222.

Tiga lelaki disyaki geng samun farmasi ditahan

2010/11/16

MELAKA: Polis percaya dapat melumpuhkan satu sindiket samun dan pecah masuk farmasi paling aktif di negeri ini dengan penahanan tiga lelaki, di beberapa lokasi berasingan di bandaraya ini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, mereka berusia antara 24 hingga 26 tahun disyaki terbabit dalam lima kes samun termasuk di Batu Berendam, Ayer Keroh, Cheng, Taman Tasik Utama dan Malim. Katanya, penahanan mereka dilakukan dalam satu operasi khas termasuk menerusi satu imej kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan aksi berani kumpulan itu merempuh kaca sebuah farmasi di Ayer Keroh, baru-baru ini. “Siasatan lanjut mendapati semua yang ditahan berasal dari Segamat dan bergiat aktif sejak beberapa minggu lalu dan menggunakan parang untuk menakutkan mangsa.

“Kita juga sedang mencari seorang lagi rakan mereka untuk membantu siasatan dikenali sebagai Mohamad Zulkefli Abas, pemegang MyKad 901019-01-6407 dan beralamat di No 13346, Jalan Rajawali 9, Bandar Putra, Kulai, Johor,” katanya.

Sementara itu, Mohd Adnan berkata, pihaknya menahan seorang lelaki kacukan berusia 30-an bersama tiga lelaki lain berusia antara 30 hingga 53 tahun, kelmarin, kerana disyaki aktif menyamun warga asing sekitar bandaraya Melaka sejak September lalu.

Sunday, November 14, 2010

Cinta tiga segi: Pemuda maut ditetak 6 lelaki

PETALING JAYA 14 Nov. 2010 - Akibat cinta tiga segi, seorang lelaki warga Indonesia maut selepas ditetak enam lelaki rakan senegaranya, salah seorang mereka didakwa kekasih isterinya.

Kejadian pukul 11.30 malam itu berlaku di tingkat lima rumah pangsapuri mangsa di Taman Desaria Fasa 5a, PJS 4, Taman Medan di sini.

Ketika kejadian, mangsa, Haryadi, 24, berada di rumah bersama isterinya, juga warga Indonesia, berusia 22 tahun.

Kediaman pasangan itu tiba-tiba didatangi sekumpulan enam lelaki dan disusuli dengan pertengkaran di antara kedua-dua pihak.

Pertengkaran bertukar agresif apabila sekumpulan lelaki itu mengeluarkan parang dan pisau lalu menetak mangsa berkali-kali.

Haryadi yang parah di kepala dan dada, cuba melarikan diri namun rebah dan meninggal dunia apabila sampai di tingkat dua.

Kesemua suspek beredar sejurus melihat mangsa rebah.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis telah menahan isteri mangsa bagi membantu siasatan kes bunuh itu.

Menurut beliau, pihaknya percaya kejadian bermotifkan masalah hubungan percintaan dan siasatan polis kini menjurus ke arah itu.

"Polis menemui beberapa bilah parang dan pisau yang dipercayai dijadikan sebagai senjata pembunuhan.

"Dengan penahanan isteri mangsa, polis percaya dapat maklumat memburu enam suspek lelaki itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Arjunaidi lagi, rekod Imigresen menunjukkan mangsa baru tiba ke Malaysia empat hari lalu manakala isterinya pula sudah lama berada di sini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat

Bekas inspektor ditahan

2010/11/15
CAMERON HIGHLANDS: Seorang bekas pegawai polis berpangkat inspektor bersama tiga lelaki ditahan selepas menyamar sebagai penarik kereta di Tanah Rata, dekat sini, tengah hari kelmarin.

Lelaki terbabit bersama rakannya dipercayai memerhatikan mangsa kira-kira jam 12 tengah hari, sebelum dikepung sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands. Geng tarik kereta itu diburu polis selepas menerima aduan daripada seorang pemilik kereta di Tanah Rata yang menjadi mangsa pada 2 November lalu. Dalam kejadian itu, mangsa didekati keempat-empat suspek yang mengakui sebagai penarik kereta dan mendakwa bayaran ansuran kereta mangsa sudah tiga bulan tertunggak.

Suspek dikatakan turut menawarkan RM500 kepada mangsa sebagai balasan tidak menghubungi bank mengenai penarikan keretanya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu, berkata mangsa yang tidak mampu berbuat apa-apa terpaksa menerima tawaran berkenaan sebelum menyerahkan kunci kereta kepada suspek

Polis tahan 9 individu termasuk suami isteri, dipercayai sindiket proses dan edar heroin

2010/08/16
BATU PAHAT: Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah jenis heroin di Johor selepas menahan sembilan individu termasuk sepasang suami isteri dalam tiga serbuan di sini dan Muar, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib, berkata dalam serbuan pertama pihaknya menahan sepasang suami isteri di sebuah rumah di Taman Sri Penggaram yang dipercayai turut menjadi makmal memproses dadah. "Dalam serbuan itu polis merampas 15.18 kilogram (kg) heroin nombor tiga, 1.15 kg heroin nombor empat, 25 kg kafein, 940 pil eramin 5 serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan bagi memproses heroin," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat di sini, hari ini. Susulan itu, katanya, polis membuat dua lagi serbuan dan menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia di sini dan Muar.

Beliau berkata, polis turut menemui 100 gram ketamin, 152 gram syabu dan 11.4 gram heroin ketika menahan tujuh lelaki berkenaan.

Hasil siasatan, mereka membawa pihak polis ke sebuah rumah di Taman Indah, Muar yang didapati dijadikan stor simpanan dadah dan menemui 4.41 kg heroin nombor tiga, 109.58 kg kafein, 13 botol cecair kimia dan 12 botol serbuk eno.

"Semua heroin yang dirampas itu mencecah harga pasaran sehingga RM500,000. Polis turut menyita lima kereta termasuk Toyota Estima, Honda, Saab, Proton Iswara dan Wira serta dua motosikal.
"Turut disita adalah wang tunai dengan matawang Malaysia, Indonesia dan Singapura, tiga jam tangan berjenama, dua komputer notebook serta sejumlah barangan kemas," katanya.

Kesemua yang ditahan itu berumur antara 22 dan 38 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. -

Isteri dibelasah hingga mati kerana berbual di telefon

2010/05/03
KUANTAN: Hanya kerana berbual di telefon dengan lelaki lain, seorang wanita dipercayai dibelasah hingga mati oleh suaminya di Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, mangsa, Rosmawati Abd Rahman, 39, dipercayai dihentak kepalanya serta dipijak di perut, dada dan paha oleh suaminya di hadapan anak pasangan itu yang berusia 12 tahun. Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan, berkata suspek dikatakan naik angin secara tiba-tiba selepas anak lelakinya itu mengadu yang ibunya berbual di telefon dengan lelaki lain. "Suspek tiba-tiba naik angin sebelum bertindak agresif menolak mangsa. Mangsa kemudiannya dipijak di perut, dada dan paha. Seterusnya suspek mencekik mangsa dan menghentak kepala mangsa ke lantai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, suspek, 46, kemudiannya berterusan memukul mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

"Anak mangsa kemudiannya meminta bantuan jiran, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. Punca kematian masih disiasat.

"Pihak polis masih memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu bagi membantu siasatan," katanya. -

Friday, November 12, 2010

Geng rompak bersenjata tumpas, 4 ditahan

12/11/2010 3:03pm



Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

IPOH 12 Nov. – Polis berjaya menumpaskan satu geng perompak bersenjata api yang melakukan rompakan bernilai lebih RM1.1 juta dengan penahanan empat lelaki di sekitar bandar raya ini dan Sitiawan beberapa hari lalu.

Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas sepucuk pistol jenis `Remington Rand Inc.’ dan satu kelopak berisi enam butir peluru hidup daripada salah seorang suspek.

Sebahagian barang yang dicuri turut ditemui semula, antaranya, sebuah kereta Toyota Vios, empat unit komputer riba, 11 telefon bimbit, dua monitor komputer, tiga unit pemprosesan pusat (CPU) dan sebuah mesin pencetak. – Utusan

Thursday, November 11, 2010

Penjual emas mati ditembak

ALOR SETAR 11 Nov. 2010 - Seorang penjual emas maut selepas ditembak oleh dua perompak bertopeng di tempat letak kereta pasar buah-buahan di Pekan Cina di sini hari ini.

Mangsa, Fong Chung Sing, 49, ditembak dari jarak dekat yang mengenai badannya oleh salah seorang daripada penjenayah tersebut dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, mangsa sebelum itu baru keluar dari sebuah kedai emas berhampiran lokasi kejadian sambil membawa dua beg berisi barangan kemas yang tidak diketahui nilainya.

Katanya, ketika Chung Sing sedang berjalan menuju ke kenderaannya, dua perompak tersebut menghampiri mangsa dan melepaskan satu das tembakan ke badannya.

"Berikutan tembakan itu, mangsa terjatuh tidak jauh dari tempat dia ditembak.

"Perompak berkenaan kemudian meragut kedua-dua beg yang dibawanya sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna emas," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mohd. Zakaria berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya tidak menolak kemungkinan kedua-dua penjenayah itu telah memerhatikan gerak geri mangsa sebelum melakukan rompakan.

Menurutnya, Chung Sing berasal dari Air Hitam, Pulau Pinang dan datang menjual emas ke kedai-kedai di sekitar bandar raya ini sejak setahun lalu.

Berikutan kejadian itu, katanya, polis sedang memburu kedua-dua suspek termasuk mengadakan pemeriksaan dan sekatan jalan raya di semua laluan keluar dari bandar raya ini.

Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Setar.

Dua tahanan Nigeria lolos dalam perjalanan ke KLIA

2010/11/11
PUTRAJAYA: Dua warga Nigeria berjaya meloloskan diri dari kenderaan Jabatan Imigresen ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang untuk dihantar pulang ke negara asal, malam tadi.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam, berkata kedua-dua lelaki itu sebelum ini ditahan di Depoh Tahanan Imigresen KLIA atas kesalahan penyalahgunaan pas pelajar dan dikenakan tindakan pengusiran. Bagaimanapun, difahamkan van Jabatan Imigresen yang membawa Solomon Udo Eneh dan Osuji Chinedu, bersama seorang lagi warga Palestin, singgah di sebuah stesen minyak sebelum dua lelaki yang bergari itu bertindak melarikan diri. Mahmood berkata, berikutan kejadian 11.30 malam itu, dua pegawai Imigresen yang mengiringi tahanan terbabit telah digantung tugas dan usaha menjejak dua warga Nigeria itu sedang dilakukan dengan bantuan polis.

"Pasukan petugas khas sudah ditubuhkan untuk menyiasat insiden berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, warga Palestin yang berada dalam kenderaan itu tidak melarikan diri dan dia rela dihantar pulang ke negara asalnya.

"Kita sedang menyiasat bagaimana mereka boleh terlepas ketika dalam perjalanan berikutan jarak antara depoh dan KLIA adalah dekat," katanya.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi pihak berkuasa bagi membantu mengesan dua tahanan imigresen itu.

Wednesday, November 10, 2010

Pemuda curi wang masjid diberkas

Osman Muhammad Sebot (tengah) menunjukkan dawai lembut dengan hujungnya diletakkan gam digunakan suspek untuk memancing wang kertas dari peti tabung derma Masjid Al Muttaqin pada sidang akhbar di Kota Tinggi, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KOTA TINGGI 10 Nov. - Seorang pemuda yang ditahan penduduk kerana mencuri wang kutipan tabung sebuah masjid di Tanjung Sedili dekat sini, Sabtu lalu, mengaku berbuat demikian untuk membeli susu anak.

Suspek berusia 38 tahun, melakukan perbuatan terkutuk itu dengan 'memancing' wang dari dalam tabung berkenaan menggunakan besi halus yang dilekatkan gam.

Perbuatan suspek terbongkar apabila seorang ahli kariah masjid melihat lelaki itu dalam keadaan mencurigakan semasa hendak pulang selepas menunaikan solat zuhur pada pukul 2.50 petang.

Menurut Ketua Polis Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot, saksi kemudian menghubungi pembantu bilal yang kebetulan dalam perjalanan ke Tanjung Sedili.

Katanya, mereka meminta bantuan tiga rakannya yang merupakan ahli jawatankuasa masjid itu dan menunggu suspek di laluan antara Kampung Sedili Besar ke Tanjung Sedili.

"Semasa melihatnya dan meminta berhenti, suspek yang menunggang motosikal terus memecut laju.

"Ahli jawatankuasa masjid itu mengejar suspek sejauh lima kilometer sebelum memintasnya di Kampung Singapura," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan terhadap suspek menemui satu dawai lembut halus sepanjang hampir satu meter, satu tin gam dan wang tunai RM395.

Katanya, suspek mendakwa wang tunai RM280 adalah miliknya untuk membayar hutang dan bakinya adalah milik tabung masjid berkenaan.

Tambahnya, suspek berasal dari Felda Aping Barat di sini, mendakwa melakukan perbuatan tersebut untuk membeli susu anaknya.

"Pemeriksaan mendapati dia tiada rekod jenayah lampau dan ujian air kencingnya negatif dadah," ujar beliau.

Osman berkata, suspek direman sehingga hari ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Wanita dipenjara sehari, denda RM14,000 kerana sogok polis

2010/11/10
SHAH ALAM: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memberi RM17,500 kepada seorang pegawai polis sebagai dorongan untuk melepaskan rakannya, seorang rakyat Columbia yang ditahan kerana kesalahan pecah rumah.

Tertuduh, Anne Charmaine Skelchy, 41, boleh dipenjara selama sebulan, jika gagal membayar denda itu. Skelchy yang berasal dari Taman Abadi Indah, Kuala Lumpur, didakwa memberi wang sogokan kepada Cif Inspektor Zahirudin Baharum sebagai dorongan untuk melepaskan Nelson Dario Hurtado daripada tindakan siasatan yang dijalankan terhadapnya bagi kesalahan pecah rumah di pejabat Ketua Balai Polis Hulu Klang di Ampang, 5.50 petang pada 27 Jun lalu. Pertuduhan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda.

Di mahkamah sama, Hurtado, 24, dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan penjara RM90,000 selepas mengaku bersalah bersubahat dengan Skelchy untuk memberi wang itu kepada pegawai yang sama, pada masa, tarikh dan tempat sama.

Jika gagal membayar denda, lelaki itu boleh dipenjara selama tiga bulan.

Hurtado didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Hakim Mat Ghani Abdullah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Fazillah Mohd Osman, sementara pembelaan diwakili peguam Varghese Onny. -

5 anggota Geng Big Bear diberkas

2010/11/10
KUALA LUMPUR: Lima anggota "Geng Big Bear" yang aktif menyamun kedai serbaneka 24 jam dan kafe internet di sekitar Wangsa Maju dan Gombak diberkas polis ketika cuba menyamun sebuah kafe internet di Taman Seri Rampai awal pagi ini.

Polis berjaya menggagalkan cubaan menyamun pada 6.15 pagi itu setelah unit rondaan kenderaan terserempak dengan lima lelaki berkenaan yang berusia antara 17 hingga 20 tahun, berkeliaran dengan motosikal berhampiran premis berkenaan dalam keadaan mencurigakan. Ketua Polis Daerah Sentul ACP, Zakaria Pagan, berkata polis turut menemui dua bilah parang dan dua belantan besi pada motosikal yang dipercayai dijadikan senjata untuk kegiatan menyamun mereka, ketika pemeriksaan dijalankan. Semua lelaki tersebut termasuk ketua kumpulan yang dikenali sebagai "Big Bear" kerana berbadan gempal kini ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan menggunakan senjata berbahaya, katanya.

"Siasatan lanjut terhadap suspek mendapati semua dipercayai terbabit dalam tujuh kes samun kedai serbaneka dan kafe internet di sekitar Wangsa Maju dan Gombak pada tahun ini.

"Kita percaya penahanan mereka ini akan dapat menyelesaikan kes samun kedai serbaneka dan kafe internet di awal pagi sekitar Wangsa Maju dan Gombak," katanya.

Zakaria berkata, satu laporan polis telah dibuat di Wangsa Maju baru-baru ini yang antara lain menyebut dua remaja lelaki di mana seorang berbadan besar dan kecil telah menyamun sebuah kafe internet.
"Oleh itu kami percaya mereka inilah yang terbabit dalam kes samun yang mana modus operandi mereka adalah menyerbu masuk premis berkenaan dengan bersenjatakan parang di awal pagi.

"Selepas itu mereka akan ke kaunter dan merampas duit, rokok dan telefon sebelum melarikan diri. Kita percaya anggaran kerugian setakat ini hampir RM10,000," katanya.

Zakaria berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan geng itu adalah pecahan atau mempunyai kaitan dengan kumpulan yang pernah menyamun sebuah pusat internet 24 jam di Jalan Genting Klang di sini pada 5 Mei lalu.

Dalam kejadian itu, tujuh lelaki berumur antara 17 hingga 24 tahun yang bersenjatakan parang menyamun premis itu yang kebetulan dikunjungi oleh dua anggota polis yang sedang menjalankan operasi cegah jenayah.

Tuesday, November 9, 2010

Dadah RM800,500 dirampas

Oleh Nor Hatina Shuib
bhnews@bharian.com.my
2010/11/10
Wanita warga Thai, Togo ditahan ketika pemeriksaan di KLIA

SHAH ALAM: Polis merampas dadah jenis syabu dan kokain dianggarkan bernilai RM800,500 selepas menahan seorang wanita rakyat Thailand dan seorang wanita rakyat Togo dalam dua operasi berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Jumaat lalu. Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata dalam operasi pertama pada jam 10.50 pagi itu, Bahagian Narkotik KLIA dengan kerjasama polis Bukit Aman menahan wanita warga Thailand berumur 26 tahun selepas dilihat berkelakuan mencurigakan. Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan ke atas beg yang dibawa wanita berkenaan tidak menemui barang mencurigakan.

“Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Serdang menjalani pemeriksaan badan menerusi ujian sinar X dan mendapati ada 82 kapsul di dalam perut wanita itu, dipercayai kokain yang ditelan menggunakan bahan lilin.

“Pihak hospital mengambil masa tiga hari bagi mengeluarkan dadah berkenaan daripada perut wanita itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor di sini, semalam.

Dadah seberat 1.1 kilogram (kg) dikeluarkan daripada perut wanita terbabit dianggarkan bernilai RM240,000.
Dalam kejadian kedua kira-kira jam 11.40 pagi pada hari sama, Bahagian Narkotik KLIA menahan wanita warga Togo dari Afrika sebaik tiba dari Dubai ketika menolak troli dalam keadaan mencurigakan.

Nordin berkata, pemeriksaan ke atas beg plastik dibawa wanita berusia 32 tahun itu mendapati ia mengandungi makanan kering seperti ikan masin sebelum menemui dua plastik lutsinar tersorok di kiri kanan beg, dipercayai berisi syabu seberat 2.2 kg.

Monday, November 8, 2010

Dagang bayi: Peniaga roti canai ditahan

KUALA LUMPUR 8 Nov. 2010 - Seorang peniaga roti canai dari Jalan Ipoh, Sentul dekat sini hari ini ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pemerdagangan bayi yang dibongkar polis, Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek yang berusia 49 tahun itu ditahan ketika sedang bekerja pukul 9.45 pagi.

"Dia akan direman sehingga 14 November ini untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rabu lalu, polis menahan enam suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual bayi di sebuah hospital swasta sebaik sahaja selesai urusan jual beli seorang bayi perempuan berharga RM21,000.

Serbuan dijalankan oleh Unit Anti Pemerdagangan Orang Bukit Aman dengan bantuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengesan kemungkinan penglibatan 'orang dalam' dalam kegiatan itu.

Ah long lempar molotov

KUALA LUMPUR 8 Nov. 2010 - Jika sebelum ini, ah long sering dikaitkan dengan perbuatan menyimbah cat merah atau merosakkan kediaman mangsa, nampaknya golongan pemberi pinjaman wang haram ini kian melampau.

Ah long kini tidak lagi berniat untuk menakut-nakutkan, sebaliknya bertindak seolah-olah ingin 'mengambil nyawa' peminjam yang berhutang dengan mereka.

Dalam satu kejadian terbaru pada 27 Oktober lalu, 13 sekeluarga nyaris maut apabila sederet tiga kediaman rumah teres mereka di Taman Desa Rasah di Seremban, Negeri Sembilan, dilempar dua butir bom molotov - dipercayai dilakukan oleh ah long.

Tindakan ini ekoran salah seorang ahli keluarga tersebut dikatakan gagal melangsaikan hutangnya sebanyak RM140,000 kepada seramai 12 ah long, selepas meminjam untuk membiayai tabiat berjudinya sejak awal tahun ini.

Lelaki berusia 27 tahun itu sendiri telah menghilangkan diri sejak tiga bulan lalu, namun 13 ahli keluarga termasuk ibu bapanya yang tidak berdosa pula merasai tempiasnya malah hampir terbunuh.

Bapa kepada kaki judi itu yang dikenali sebagai Lim Lai, 63, berkata, kejadian berlaku ketika dia dan kesemua ahli keluarganya sedang tidur nyenyak pada pukul 1.30 pagi.

"Mujurlah kami semua dikejutkan dengan jeritan jiran yang menjerit api, api. Kami semua terus bergegas keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri.

"Tanpa pengetahuan kami, anak derhaka ini menggunakan kad pengenalan ibunya sebagai penjamin untuk meminjam daripada ah long,

"Sebelum ini kami berdua telah bantu dia melangsaikan hampir RM70,000. Dia hilangkan diri, maka kami pula yang dicari ah long," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Tambah warga emas itu, 10 hari sebelum kejadian, kediaman mereka turut disimbah cat merah.

Berikutan kejadian itu, keluarga berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Seremban, namun mendakwa tiada tindakan lanjut daripada polis setakat ini.

Pecah rumah: Xavier rugi RM70,000

KLANG 8 Nov. 2010 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. A. Xavier Jayakumar (gambar) kerugian kira-kira RM70,000 termasuk wang tunai RM20,000 apabila rumah berkembar dua tingkat di Taman Klang Jaya, di sini dipecah masuk hari ini.

Ketika kejadian dipercayai berlaku antara pukul 12 tengah hari dan 2 petang itu, kediaman Xavier yang juga Exco kerajaan negeri tidak berpenghuni kerana ahli keluarganya keluar bekerja dan bersekolah.

Xavier sendiri sedang menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Annex di Shah Alam dekat sini, manakala pembantu rumahnya dikatakan pergi ke rumah saudaranya.

Difahamkan, selepas dimaklumkan mengenai kejadian oleh keluarganya melalui panggilan telefon, Xavier bergegas pulang.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf berkata, siasatan awal pihaknya percaya penjenayah yang memecah masuk rumah Xavier lebih daripada seorang.

Beliau berkata, suspek telah merosakkan besi jeriji di depan dan belakang sebelum memecah masuk rumah mangsa.

"Siasatan awal mendapati satu unit komputer, barangan kemas, kamera dan wang tunai RM20,000 yang berada di dalam rumah mangsa lesap.

"Turut hilang adalah pasport milik Xavier, isterinya, Sheila Devaraj, 53, dan anak, Dev Arul, 20," kata beliau ketika dihubungi di sini petang ini.

Menurut Mohamad, kejadian tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Xavier yang ditemui pemberita di rumahnya hari ini memberitahu, kejadian tersebut merupakan kali pertama selepas beliau menetap di situ sejak 21 tahun lalu.

Katanya, selain komputer dan kamera, sebuah peti besi mengandungi wang tunai dan pasport miliknya dilarikan penjenayah terbabit.

Anak bongsu Xavier, Dev Arul pula berkata, dia menyedari kejadian selepas pulang dari sekolah berdekatan pukul 3.30 petang.

"Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa walaupun pintu pagar pintu utama terbuka.

"Bagaimanapun selepas melihat keadaan empat bilik termasuk bilik saya dan ibu bapa berselerak, semua laci meja terbuka dan peti besi ayah hilang, saya terus hubungi ibu dan ibu memaklumkan kepada bapa," ujarnya.

Difahamkan, rumah semi-D itu tidak mempunyai sebarang kamera litar tertutup atau dipasang alat penggera keselamatan.

Warga tua parah ditetak jiran

2010/11/09


KECEDERAAN yang dialami Mohamad Salleh selepas ditetak jiran sekampung dalam kejadian di Tumpat, semalam.TUMPAT: Seorang warga tua terpaksa memandu dalam keadaan berlumuran darah sejauh 600 meter bagi mendapatkan bantuan keluarganya, selepas ditoreh 15 kali oleh jiran sekampung yang berang ditegur menangkap ikan menggunakan renjatan elektrik.

Dalam kejadian jam 10.30 malam di Kampung Bahagia dekat Chabang Empat di sini, Mohamad Salleh, cedera di kepala, badan dan lengan akibat diserang dengan senjata tajam dipercayai kelewang oleh penyerang berusia 20-an. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika mengesahkan kejadian itu, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan selepas polis menahan seorang lelaki disyaki suspek kes itu bersama isterinya. “Mangsa dalam keadaan stabil dengan kesan kecederaan di kepala, muka, belakang badan dan tangan serta tikaman di bahagian badan sebelah pinggang kanan.

“Mangsa dipercayai ditetak dengan kelewang sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan serius di beberapa anggota badan sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZII) untuk rawatan lanjut.

“Kejadian dipercayai berpunca akibat tindakan mangsa menegur kegiatan suspek yang selalu menangkap ikan menggunakan renjatan elaktrik serta dendam lama suspek kepada mangsa,” katanya semalam.

Khalid berkata, setakat ini polis sudah merampas baju suspek dan baju mangsa serta senjata yang disyaki digunakan dalam kejadian itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, anak mangsa, Siti Hajariah, 21, berkata bapanya sudah dipindahkan daripada HRPZII ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) semalam untuk menjalani pembedahan.

“Saya sedang tidur ketika dikejutkan ibu, Faridah Musa, 49, apabila melihat ayah balik ke rumah dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.

Siti Hajariah berkata, walaupun cedera parah, bapanya masih boleh bercakap dan menceritakan kejadian yang berlaku serta individu yang menyerangnya.

“Ayah memaklumkan dia menegur lelaki terbabit yang menangkap ikan menggunakan renjatan elektrik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar membuang sampah.

“Berikutan teguran itu, lelaki terbabit menyerang ayah dengan senjata tajam,” katanya.

Remaja 15 tahun ditahan edar dadah

Oleh Zarina Abdullah
bhkt@bharian.com.my
2010/11/09
Jadikan rumah pusat pengedaran pil kuda

KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang berhenti sekolah untuk mencari kerja berpendapatan lumayan, akhirnya terkandas apabila dia ditangkap di rumahnya di Kampung Batu Buruk di sini, kelmarin. Polis yang berjaya menghidu kegiatan gadis itu menjadikan rumahnya pangkalan pengedaran dadah di sekitar kawasan terbabit membuat intipan sejak beberapa minggu lalu sebelum melakukan serbuan pada jam 10.45 pagi kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata ketika serbuan, remaja perempuan itu bersama kakak ipar dan dua rakan lelaki sedang khayal dipercayai akibat mengambil pil kuda (methampetamine) dan ujian air kencing kemudian mendapati mereka positif dadah.

Katanya, polis merampas 67 pil kuda bernilai RM2,400 dalam serbuan di rumah itu.

“Remaja perempuan, kakak iparnya dan dua rakan lelaki berusia 20-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dan memasukkan dadah ke dalam tubuh,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek direman seminggu bermula semalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Penagih dadah maut ditembak selepas ragut wanita

08/11/2010 3:29pm



Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

SEREMBAN 8 Nov. – Seorang penagih dadah ditembak mati oleh polis apabila cuba meragut seorang wanita di Kawasan Perindustrian Senawang dekat sini hari ini.

Suspek yang berusia 32 tahun cuba meragut mangsa di lampu isyarat pusat bandar Senawang sebelum dikejar oleh polis yang meronda di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ melarikan diri sebelum dikejar sejauh 4 kilometer. – Utusan

Wednesday, November 3, 2010

Polis tumpaskan kumpulan Geng Adik

Umar Ali Saifuddin Shaharudin (tengah) bersama dua pegawai memeriksa motosikal yang dicuri Geng Adik dalam serbuan sekitar Masjid Tanah dan Kuala Sungai Baru di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, Melaka, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



ALOR GAJAH 3 Nov. - Polis menumpaskan kumpulan curi motosikal dikenali sebagai Geng Adik dengan penahanan enam orang termasuk ketuanya dalam serbuan di sekitar Masjid Tanah dan Kuala Sungai Baru, di sini 24 Oktober lalu.

Ketua Polis daerah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, antara ditahan termasuk dua beradik serta seorang pelajar sekolah menengah, berusia antara 17 dan 20 tahun.

Katanya, ketua kumpulan yang dikenali sebagai 'Adik' itu berusia 19 tahun dan berasal dari Taman Rebana Jernih, Kuala Sungai Baru, Melaka.

"Dua beradik yang ditahan berusia 20 dan 22 tahun, berasal dari Ramuan China Besar, Masjid Tanah.

"Polis masih memburu saki baki kumpulan itu yang masih bebas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di sini, hari ini.

Menurut beliau, ekoran penahanan itu, polis menemui semula 10 rangka, dua enjin, serta dua motosikal belum dileraikan, dianggarkan bernilai RM40,000.

Katanya, kesemua rangka motosikal itu ditemui dibuang ke dalam Sungai Ayer Molek, Kuala Sungai Baru di sini.

"Kita percaya dapat menyelesaikan 14 kes kecurian motosikal yang dilaporkan berlaku di daerah ini sejak September tahun lalu," katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana memiliki motosikal curi.

5 tukang rumah kaki pecah rumah tumpas

Oleh ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my



A. Thaiveegan (memegang pistol) sambil menunjukkan barangan yang dirampas daripada geng pecah rumah di Seri Kembangan, dekat Kuala Lumpur, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 3 Nov. - Lima rakan ini kelihatan seperti tukang rumah biasa, namun rupa- rupanya mereka menganggotai Geng Ah Soon iaitu kumpulan pecah rumah bersenjata api.

Modus operandi kumpulan itu adalah membaiki rumah sambil memerhatikan selok-belok kediaman tersebut untuk dijadikan sasaran.

Rumah sewa mereka di kawasan Taman Sungai Besi Indah di sini, menjadi lokasi intipan dan merancang kegiatan jenayah berkenaan.

Kegiatan mereka sejak setahun lalu, bagaimanapun terbongkar apabila polis menahan lima anggota kumpulan itu di rumah sewa tersebut, Rabu lalu.

Difahamkan, semasa ditahan kumpulan itu baru sahaja melakukan samun dipercayai di tiga buah rumah sekitar kawasan Taman Bukit Serdang, dekat sini.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, bertindak hasil maklumat mengenai tiga kejadian pecah rumah di sekitar Serdang, pihaknya berjaya menahan mereka.

"Mereka yang berusia 28 hingga 43 tahun itu bekerja sebagai tukang rumah.

"Kita percaya, ketika melakukan kerja-kerja membaiki, mereka memerhatikan selok-belok rumah untuk dipecah masuk," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Seri Kembangan, dekat sini hari ini.

Menurutnya, kumpulan itu dipercayai aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar Serdang, Kajang dan Cheras dengan memilih masa di awal pagi ketika penghuni keluar berjoging.

Katanya, ketika serbuan, lima suspek itu sedang membuka sebuah peti besi yang dipercayai baru dilarikan.

Katanya lagi, turut ditemui sepucuk pistol, kad kredit, kunci kereta, telefon bimbit, jam tangan, barang kemas, televisyen, komputer riba, kereta Toyota Camry dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan pecah rumah.

"Siasatan mendapati suspek memecah masuk dengan merosakkan pintu pagar atau jeriji rumah mangsa.

"Kenderaan itu pula milik pegawai tentera berpangkat mejar yang dicuri di Kawasan Perindustrian Trisegi Sungai Besi, 26 Oktober lalu," ujar beliau.

Tambah Thaiveegan, salah seorang daripada suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau bersabit kes samun, pecah rumah dan dadah.

"Saringan ujian air kencing mendapati, kesemua suspek positif dadah jenis syabu. Kita percaya, ketika melakukan jenayah terbabit, kesemua mereka berada di bawah pengaruh dadah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang memburu ketua kumpulan itu, Lee Yuan Soon atau lebih dikenali sebagai Ah Soon berusia 37 tahun.

Katanya, kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 dan 379 A Kanun Keseksaan

Lelaki Iran telan syabu maut sembelit

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Tindakan seorang lelaki warga Iran, dipercayai anggota sindiket dadah antarabangsa, menelan ketulan syabu membawa padah apabila dia maut kerana sembelit.

Kejadian berlaku ketika suspek dan dua rakannya yang menginap di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini, Jumaat lalu, tiba-tiba mengadu sakit perut sebelum meninggal dunia.

Dia yang berusia 34 tahun kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan pihak hospital menemui dua ketulan mencurigakan di dalam perutnya.

Hasil siasatan polis mendapati, ketulan seberat 19 gram itu adalah dadah jenis syabu yang ditelan mangsa bagi menyeludup masuk bahan terlarang itu ke negara ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, hasil bedah siasat bagaimanapun mendapati mangsa mati kerana sembelit.

"Kematian lelaki terbabit bukan berpunca daripada dadah yang ditelan kerana ketulan tersebut tidak pecah ketika pemeriksaan.

"Berikutan itu, polis menahan dua rakannya yang berusia 34 dan 35 tahun kerana bersubahat mengedar dadah bersama mangsa," katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, polis percaya mangsa menelan lebih daripada dua ketulan dadah.

"Kita (polis) mengesyaki mangsa telah mengeluarkan sejumlah ketulan syabu yang lain sejurus tiba di negara ini dan ketika menginap di hotel tersebut.

"Sekarang kita sedang menyiasat kepada siapa dadah itu diedarkan termasuk penglibatan dua suspek berkenaan dengan sindiket pengedaran dadah lain," ujarnya.

Tuesday, November 2, 2010

Mak nyah kena 10 tahun, enam sebat

2010/11/03
BATU PAHAT: Seorang mak andam mak nyah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam, atas dua tuduhan mencederakan teman lelakinya sehingga mangsa disahkan mengalami kecacatan kekal di bahagian muka serta mengurung mangsa, tahun lalu.

Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz membuat keputusan itu terhadap Mohd Hafiz Jaafar, 29, selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan. Sebaik saja keputusan diumumkan, tertuduh terus meraung serta menangis sebelum merayu supaya hukumannya dikurangkan. “Tolonglah tuan hakim, saya tak mahu kena sebat... saya tak sanggup... kalau kena penjara lama pun tak apa, saya sanggup... saya tak sanggup kena sebat, " katanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Safiah Abdul Aziz, manakala enam saksi termasuk seorang doktor pakar saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan kes berkenaan.

Penganggur dipenjara 10 tahun sebabkan kematian kanak-kanak

02/11/2010 5:24pm


MELAKA 2 Nov. - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian kanak-kanak berusia dua tahun, yang juga anak teman wanitanya.

Tertuduh, Sha'ri Sabri, 31, menukar pengakuannya kepada bersalah selepas Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad. Asri Abd. Rahman Sidek mengemukakan semua fakta kes kepada Hakim Abu Bakar Katar.

Pada 10 Mac lalu, tertuduh pernah didakwa tetapi tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, Sha'ri didakwa telah menyebabkan kematian Muhammad Aidil di No. 20-1 Kampung Batu Hampar, Peringgit, Jalan Tun Fatimah, pada 13 September 2009 kira-kira pukul 4.30 petang.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Terdahulu, tertuduh yang juga bekas juruhebah tapak ekspo dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana mempunyai seorang ibu yang uzur selain perlu menanggung dua lagi anak hasil perkahwinannya dengan bekas isteri. - Utusan

Monday, November 1, 2010

Ibu, anak ditahan cuba seludup dadah RM180j dari Malaysia

01/11/2010 1:29pm


MELBOURNE 1 Nov. - Seorang wanita dan anak lelakinya ditahan kerana didakwa cuba menyeludup masuk dadah ke negara ini.

Wanita berusia 55 tahun dan anak lelakinya berumur 28 tahun, kedua-duanya dari Campsie di barat daya Sydney, ditahan Sabtu selepas polis merampas 168kg heroin dalam kontena perkapalan dari Malaysia ke Sydney.

Turut ditahan ialah seorang rakyat Hong Kong berusia 33 tahun, kata Australian Associated Press (AAP) yang memetik kenyataan Komander Polis Persekutuan Australia David Stewart.

Stewart berkata, heroin itu dijumpai dalam beberapa beg dalam sebuah kontena pintu kayu pada 21 Oktober.

Heroin itu bernilai A$58.8 juta dalam bentuk asalnya, tetapi apabila ia diproses nilai pasarannya akan meningkat sehingga A$410 juta, kata Stewart.

Pegawai kastam membuat imbasan terhadap 295 pintu dan menemui 24 paket serbuk putih masing-masing dalam sembilan pintu dan 14 paket lagi ditemui dalam pintu lain, menjadi jumlah keseluruhan dadah yang ditemui ialah 230 paket. - Bernama