tag:blogger.com,1999:blog-53452280649869086282024-03-07T22:20:07.211-08:00Jenayah Ganas di MalaysiaUnknownnoreply@blogger.comBlogger997125tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-71781933166745857732011-11-09T23:05:00.005-08:002011-11-09T23:05:57.276-08:00Kastam rampas 14.25kg dadahOleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

M. Govinden (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian dadah yang disorokkan di dalam bagasi pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA, Sepang, semalam.

SEPANG 9 Nov. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan empat percubaan menyeludup 14.25 kilogram (kg) dadah dianggarkan bernilai RM2.3 juta di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam tempoh 24 jam.
Antara kes berjaya ditumpaskan pada Sabtu dan Ahad lepas itu adalah cubaan licik dua warga Eropah menyeludup 8.5kg dadah jenis syabu bernilai RM2.21 juta dalam dua tangkapan berasingan menggunakan bagasi yang direka khas agar tidak dapat dikesan oleh mesin pengimbas.
Pengarah JKDM KLIA, Datuk M. Govinden berkata, suspek pertama melibatkan penahanan seorang lelaki berusia 53 tahun yang ditahan Sabtu lepas, pada pukul 10.20 malam oleh sepasukan pegawai kastam di KLIA.
"Bagasi suspek yang menaiki penerbangan dari Dubai itu pada awalnya telah diimbas melalui mesin pengimbas tetapi gagal menunjukkan sebarang imej yang meragukan.
"Setelah diteliti, pegawai kami menemui 4.25kg syabu dianggarkan bernilai RM1.06 juta tersembunyi dalam ruangan yang direka khas pada bahagian bawah bagasi tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Govinden berkata, suspek kedua pula melibatkan penahanan lelaki berusia 42 tahun yang juga merupakan rakan kepada suspek pertama melalui modus operandi sama selang sepuluh minit selepas itu.
"Bagasi suspek kedua ini juga diimbas pada mulanya gagal menunjukkan imej yang meragukan.
"Namun setelah menjalani pemeriksaan yang teliti, dadah dengan berat kuantiti yang sama berjaya ditemui dalam ruang direka khas di bawah bagasinya," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, kes ketiga pula melibatkan cubaan seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun menyeludup masuk 5.4kg dadah jenis ketamin dianggarkan bernilai RM102,600 melalui penerbangan dari Hong Kong pada hari yang sama.
"Penahanan terhadap suspek yang dilakukan pada pukul 1.15 petang itu telah menemui syabu berkenaan disembunyikan di dalam 15 bungkusan putih yang ditutupi dengan karbon dalam sebuah beg tarik," katanya.
Beliau menambah, kes keempat pula melibatkan penahanan seorang lelaki warga Nigeria berusia 33 tahun pada Ahad lepas yang cuba menyeludup masuk dadah jenis syabu dengan berat 0.35kg dianggarkan bernilai RM87,500.
Berikutan itu, beliau berkata, mereka semua kini ditahan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sepanjang minggu lepas, pihaknya berjaya menangkap enam orang pesalah dalam percubaan membawa masuk dadah melibatkan kuantiti sebanyak 32.46kg dengan nilai hampir RM7 juta.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-8527094797513306222011-11-09T23:05:00.003-08:002011-11-09T23:05:38.820-08:00Mayat kesan tetak di Tanah Perkuburan Cina Sungai Buloh10/11/2011 2:53am

Oleh ILLAH HAFIZ AZIZ
GOMBAK 10 Nov. – Satu mayat dengan kesan tetak di leher dan perut yang hampir terburai ditemui di kawasan lereng bukit di Tanah Perkuburan Cina Sungai Buloh, di sini, malam tadi.
Mayat yang ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 9 malam itu dipercayai warga asing berusia antara 20 hingga 30 tahun
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek kemungkinan warga asing tetapi penduduk awam serta pekerja asing yang dipanggil untuk melakukan pengecaman tidak mengenali mangsa.
“Kita percaya mangsa telah dibunuh di kawasan itu tetapi tiada pergelutan di kawasan sekitar. Oleh itu siasatan awal mendapati mangsa kemungkinan telah dibawa ke tanah perkuburan ini untuk dibunuh,” katanya, di sini malam tadi.
Jelasnya, mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan polis meminta saksi yang melihat kejadian supaya tampil membantu pihak berkuasa. - UtusanUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-56065334018439114822011-11-09T23:05:00.001-08:002011-11-09T23:05:18.936-08:00Kumpulan sama larikan mesin ATM - PolisKUALA LUMPUR 9 Nov. - Polis percaya kumpulan penjenayah yang melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Maybank cawangan Taman Midah di sini semalam, pernah melakukan jenayah yang sama di sebuah bank di Ampang tahun lalu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah (gambar), kemungkinan itu dibuat berdasarkan modus operandi yang sama digunakan penjenayah dalam kedua-dua kejayaan berkenaan.
"Kita dapati, penjenayah dalam kedua-dua kes itu memakai topi besbol, menggunakan gas untuk memecahkan cermin bank sebelum menggunakan kabel untuk mengikat dan menarik mesin ATM keluar dari premis berkenaan.
"Ketika ini, kita sedang mengesan jenis kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mesin itu sejauh 10 kilometer sebelum ditemui di Taman Pinggiran, Jalan Hulu Klang semalam," katanya di sini, hari ini.
Beliau mengulas kes enam lelaki yang melarikan sebuah mesin ATM sejauh 10 kilometer berisi wang tunai RM316,000 dari Maybank cawangan Taman Midah awal pagi semalam.
Kurang lapan jam selepas kejadian itu, mesin ATM tersebut ditemui, namun semua wang tunai dalam mesin tersebut lesap.
Polis turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-39953211134480313712011-11-09T23:04:00.004-08:002011-11-09T23:05:03.343-08:00Bekas pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung2011/11/10
GEORGETOWN: Seorang bekas pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung mandatori oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah tiga tahun lalu.

Hakim Mohd Amin Firdaus Abdullah membuat keputusan itu selepas mengambil kira kepentingan awam dan pembelaan tertuduh R Nadarajan, 38, yang meragukan.
R Nadarajan dituduh mengedar dadah seberat 456.3 gram iaitu 238.2 gram heroin dan 218.1 gram monoacetylmorphine.
Dia ditahan di 304 Hotel Prai Jaya, 2791 Jalan Chain Ferry, Taman Inderawasih, Seberang Jaya pada jam 3.30 petang, 30 April 2009 dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa, Raya Nur Sarah Dina Baharudin manakala Nadarajan diwakili Latsmanan Punnusamy. - BERNAMAUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-55997026714721268552011-11-09T23:04:00.003-08:002011-11-09T23:04:48.790-08:00Polis percaya penemuan tulang ada kaitan kes culikKUALA LUMPUR 9 Nov. - Polis percaya penemuan tengkorak dan rangka manusia di sebuah kawasan kebun terbiar di Kampung Bumi Hijau, Kundang, dekat sini, pada 6 Ogos lalu, ada kaitan dengan satu kes culik dan bunuh seorang mangsa yang dilaporkan hilang oleh keluarganya tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya telah menjalankan ujian ke atas spesimen tulang tersebut bagi mengenal pasti identiti mangsa.
"Hasil ujian ujian DNA (asid dioksiribonukleik) mendapati tengkorak dan rangka manusia yang ditemui merupakan milik mangsa lelaki berusia 19 tahun dan berketurunan India.
"Ujian itu menunjukkan terdapat persamaan DNA antara spesimen tersebut dengan ahli keluarga mangsa yang membuat laporan kehilangan anak mereka pada 20 Disember lalu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Tambahnya, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan merupakan mangsa culik dan bunuh oleh dua suspek yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, kira-kira dua minggu lalu.
"Dua suspek dipercayai turut terlibat dengan beberapa kes jenayah seperti culik dan bunuh di beberapa daerah lain.
"Siasatan awal juga mendapati suspek berkenaan mempunyai kaitan dengan kehilangan mangsa yang dipercayai diculik sebelum dibunuh," katanya.
Kata beliau, pihaknya menjalankan siasatan lanjut kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, tengkorak dan rangka manusia berkenaan ditemui orang awam yang melalui kawasan kebun terbiar di Kampung Bumi Hijau, Kundang pada 6 Ogos lalu.
Rangka manusia yang ditemui pukul 6.30 petang itu dipercayai telah berada di kawasan tersebut kira-kira lapan bulan lepas berdasarkan siasatan awal polis.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-18498199391603146002011-11-09T23:04:00.001-08:002011-11-09T23:04:34.009-08:00Rompak: Warga emas maut ditikam bertubi-tubiALOR GAJAH 9 Nov. - Seorang warga emas maut, manakala seorang pemilik kedai telefon bimbit parah akibat ditikam bertubi-tubi oleh seorang lelaki yang merompak dua buah kedai di Kampung Parit Melana di sini, hari ini.
Teh Ah Key, 64, maut setelah ditikam tujuh kali oleh suspek dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang.
Mangsa dikatakan ditikam tiga kali di rusuk kanan, dua kali di pangkal paha serta satu tikaman masing-masing di perut dan dada.
Kira-kira 30 minit selepas kejadian itu, suspek dipercayai lelaki yang sama, telah merompak sebuah kedai menjual telefon bimbit di Taman Kasawari, Gangsa kira-kira 10 kilometer dari lokasi pertama dan menikam pemilik kedai itu sehingga parah.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Sharuddin berkata, suspek yang berusia lewat 20-an menaiki sebuah motosikal ketika merompak kedua-dua premis.
"Di lokasi pertama, berlaku pergelutan antara suspek dan pemilik kedai runcit sebelum dia menikam mangsa bertubi-tubi sehingga mati.
"Bagaimanapun, seorang penduduk ternampak mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah menyebabkan suspek melarikan diri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Setengah jam kemudian, kata Umar Ali, suspek cuba merompak kedai telefon bimbit di Gangsa mengakibatkan pemiliknya, Alvin Chan Boon Chuan, 32, parah akibat ditikam di rusuk kiri dan kanan.
"Polis percaya dua rompakan ini dilakukan oleh suspek yang sama berdasarkan motosikal dan baju yang dipakainya," kata beliau.
Berikutan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua kejadian tersebut supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-85506569370755281292011-11-09T23:03:00.001-08:002011-11-09T23:03:38.473-08:00Rompak kakak timbalan menteriOleh Nurhasyima Hasim

2011/11/10
Lima termasuk warga Indonesia didakwa

AYER KEROH: Lima lelaki termasuk seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua tuduhan merompak harta milik kakak dan anak saudara seorang timbalan menteri di sebuah rumah di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah di sini, pada 21 September lalu.

Mereka adalah Azlan Azmi, 29, dari Bukit Katil; Mohd Afandi Hassan, 24, dari Bemban; Mohd Nizam Mohd Shahadan, 24, dari Tiang Dua; Mohd Azrul Aminrashid Jasmin, 26, dari Paya Dalam dan Muhamad Yusuf Rahmat, 22, dari Indonesia.
Bagi tuduhan pertama, lima lelaki terbabit didakwa merompak wang tunai berjumlah RM4,000 dan sebuah telefon bimbit milik Samidah Yusop, 74, di sebuah rumah di Kampung Paya Rumput, kira-kira jam 11.30 malam.

Pertuduhan kedua pula, kelima-limanya didakwa merompak dua rantai leher emas dan dua cincin milik Rosiah Mansor, 54, di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama bagi kedua-dua pertuduhan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Azlan, Mohd Afandi, Mohd Nizam, Mohd Azrul dan Muhamad Yusuf mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua dakwaan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Katar.
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff manakala kelima-lima tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahmoodah kemudian menawarkan mahkamah wang jaminan sebanyak RM30,000 bagi setiap tertuduh kecuali Muhamad Yusuf.

Ketika merayu jaminan dikurangkan, Azlan memberi alasan terpaksa menanggung seorang isteri dan dua anak manakala Mohd Afandi pula tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kadang kala bergantung kepada bapanya.

Mohd Nizam memohon mahkamah mempertimbangkan dirinya yang terpaksa menjaga ibu yang tinggal berseorangan sementara Mohd Azrul pula tiada pendapatan tetap dan berharap kepada keluarganya untuk menyara hidup.

Abu Bakar kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap tertuduh kecuali Muhamad Yusuf dan menetapkan tarikh sebutan semula bagi kes berkenaan pada 14 Disember ini bagi lantikan peguam.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-43347636713219456102011-10-26T23:52:00.001-07:002011-10-26T23:52:20.146-07:00Gadis hilang ditemui mati dibunuhOleh FARIK SALLEH
pengarang@utusan.com.my
KOTA TINGGI 26 Okt. - Seorang gadis yang dilaporkan hilang petang semalam ditemui mati di ruang dapur sebuah rumah, selang tiga pintu dari rumah keluarganya di kuarters Ladang Kambau, Tanjung Sedili, dekat sini hari ini.
Mangsa, Nurul Atikah Samsiah, 15, yang berpakaian kemeja dan seluar sukan dijumpai pada pukul 6.30 pagi dengan kesan lebam di seluruh muka dan anggota badan.
Selain itu, terdapat kesan seret di permukaan lantai dapur dan sekitar tempat kejadian dipercayai kesan ketika mangsa dibawa masuk ke dalam rumah tersebut oleh pembunuhnya.
Datuk mangsa Muhammad Kasim, 62, berkata, mangsa yang tinggal di rumah kakitangan Ladang Kambau bersama ibu bapanya dikatakan hilang sejak pukul 2 petang semalam.
"Ahli keluarga dan jiran mencari mangsa sejak petang dan menemui mayat mangsa pagi tadi di rumah itu.
''Anak saya Rahimah (ibu mangsa) menelefon saya yang tinggal di Kampung Sungai Perepat, kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian bahawa mayat Nurul dijumpai," ketika ditemui di Hospital Kota Tinggi.
Difahamkan rumah tempat mayat mangsa ditemui itu didiami oleh seorang pekerja bujang yang jarang pulang ke rumah kecuali waktu tertentu untuk memasak.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Abdul Samad Salleh dan sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebaik di maklumkan penemuan tersebut diikuti sepasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk membantu siasatan.
Menurut Abdul Samad, pihaknya percaya kes itu dapat diselesaikan dengan tertangkapnya seorang suspek yang merupakan seorang pekerja ladang warga tempatan berusia 41 tahun yang kini ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-33436751766879599352011-10-26T23:51:00.004-07:002011-10-26T23:52:04.223-07:00Bekas jururawat warga Jepun edar syabu 3.5 kilogram dihukum matiSHAH ALAM 25 Okt. - Seorang bekas jururawat warganegara Jepun dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 3.5 kilogram, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Mariko Takeuchi, 37, selepas berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah semasa memberi keterangan membela diri.
Mariko yang berjaket coklat muda dan berseluar jeans biru terus menangis teresak-esak apabila dimaklumkan tentang hukuman itu oleh seorang jurubahasa Jepun.
Dia juga dilihat menggelengkan kepala beberapa kali apabila cuba ditenangkan serta diminta memperlahankan tangisannya yang agak kuat oleh anggota polis memandangkan mahkamah masih bersidang.
Beberapa media asing dan wakil dari Kedutaan Jepun di Malaysia turut dilihat menghampiri Mariko sebelum wanita itu dibawa keluar menggunakan laluan bahagian belakang mahkamah.
Sementara itu, Hakim Siti Mariah dalam penghakimannya menyifatkan pembelaan tertuduh bahawa dia ke Dubai untuk berjumpa seorang lelaki bernama Alex dan mengambil wang bagi pihak kawan baiknya yang juga teman wanita lelaki itu adalah tidak logik.
Beliau turut mendapati keterangan Mariko bahawa dia berulang alik dari Kuala Lumpur ke Dubai sebanyak lima kali antara September dan Oktober 2009 dengan alasan tambang penerbangan itu lebih murah berbanding tinggal di Dubai, tidak dapat diterima serta mencurigakan.
Begitu juga tindakan tertuduh yang bersetuju menolong membawa beg milik rakan Alex yang tidak diketahui namanya tanpa sebarang syak sedangkan beg tersebut mempunyai berat yang luar biasa walaupun hanya dikatakan berisi pakaian.
Katanya, keterangan pembelaan tertuduh hanya rekaan dan tidak munasabah tanpa sebarang keterangan sokongan apabila dia gagal memanggil kawan baiknya untuk memberi keterangan sedangkan wanita itu tidak perlu takut kerana dia tiada kaitan dengan beg yang mengandungi dadah.
''Mahkamah tidak dapat menolak bahawa aktiviti keluar masuk tertuduh antara Dubai dan Kuala Lumpur sebanyak lima kali adalah dengan tujuan tertentu. Wang yang dibelanjakan untuk berulang alik lebih baik diberikan kepada kawan baiknya.
''Mahkamah juga tidak dapat menerima keterangan tertuduh bahawa beg itu tidak berkunci. Tidak ada sebab untuk saksi dalam kalangan pihak penguatkuasaan berbohong atau menganiaya tertuduh apabila mengatakan melihat dia yang membuka mangga (beg).
''Juga tidak munasabah untuk tertuduh menaiki penerbangan antarabangsa tanpa mengunci beg,'' kata beliau.
Mariko didakwa mengedar 3,493 gram methamphetamine di Kaunter Pemeriksaan Kastam D, Unit Khas Penumpang T, Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada pukul 9.55 malam, 30 Oktober 2009.
Wanita yang berasal dari Tokyo itu dibicarakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Gan Peng Kun dan Aimie Yusreena Yunus manakala Mariko diwakili peguam Mohd. Rafik Rahem.
Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil enam orang saksi manakala hanya tertuduh memberi keterangan bagi pihak pembelaan.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-75650231616530140122011-10-26T23:51:00.003-07:002011-10-26T23:51:43.286-07:00Penduduk parah dibelasah warga NepalMOHD. Zamri Alias (kiri) menunjukkan tangannya yang patah kepada Mohamed Arim akibat dibelasah warga Nepal di Pangsapuri Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 26 Okt. – Niat baik seorang penduduk Tanjung Puteri Apartmen Resort, dekat sini, menegur sekumpulan warga Nepal yang membuat bising dan mabuk di kawasan kediaman membawa padah apabila dia dipukul sehingga cedera, malam tadi.
Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa, Mohd. Zamri Alias, 40, dibelasah kira-kira lima warga Nepal sehingga patah tangan kanan, patah gigi, calar dan bengkak di bahagian telinga serta diberi cuti sakit oleh pihak hospital selama 14 hari.
Mohd. Zamri berkata, dia menegur kumpulan pekerja asing tersebut yang membuat bising selain mabuk di kawasan terbuka kerana boleh mengganggu ketenteraman penduduk lain.
“Bila saya cakap sahaja macam itu, salah seorang daripada mereka menolak saya sehingga jatuh dan terus memukul saya bertubi-tubi. Waktu itu saya tidak ingat apa kerana hanya mampu melindungi muka daripada dipukul.
“Ketika dipukul itu juga, salah seorang daripada mereka mengugut akan membunuh saya. Saya menjerit meminta tolong dan syukurlah ada beberapa penduduk setempat segera memberi bantuan dan meleraikan pergaduhan,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini.
Mohd. Zamri yang bekerja sebagai penyelenggara landskap Tanjung Puteri Golf Resort itu berkata, kejadian tersebut pertama kali berlaku di kawasan kediamannya yang mempunyai 16 blok bangunan.
Menurutnya, warga asing yang menetap di kawasan itu sering membuat kacau seperti bising dan mabuk terutama ketika cuti umum dan hari minggu.
“Lepas minum, mereka membiarkan sahaja botol dan tin minuman di merata-rata tempat dan ia mengundang rasa kurang selesa kepada penduduk terutama mereka yang mempunyai anak-anak berusia empat hingga 12 tahun.
“Kanak-kanak yang baru nak mengenal dunia itu bukan tahu ia baik atau buruk. Ada pernah terjadi kaki seorang kanak-kanak terkena serpihan kaca botol minuman keras yang dibuang merata-rata,” katanya.
Pengerusi Perbadanan Pengurusan Tanjung Puteri Apartmen Resort, Mohamad Arim meminta majikan kepada pekerja asing tersebut mengambil inisiatif memberi penjelasan tentang adat dan budaya masyarakat di negara ini.
“Kita harap ia kejadian pertama dan terakhir yang berlaku di sini. Pihak majikan wajar mengambil tahu perihal mereka di sini dan mengambil tindakan terhadap mereka sekiranya bersalah.
“Ini kerana keselamatan penduduk sering kali terancam dengan perbuatan kumpulan pekerja asing yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-21282625438023597112011-10-26T23:51:00.001-07:002011-10-26T23:51:23.688-07:00Dua pemuda rempuh sekatan diberkasKEPALA BATAS 26 Okt. 2011 - Polis terpaksa mengejar sebuah kereta dinaiki dua pemuda sejauh kira-kira 12 kilometer selepas kenderaan itu merempuh sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Sungai Dua dekat sini hari ini, sebelum berjaya menahannya.
Pegawai Turus Unit Peronda Polis Negeri, Cif Inspektor Rohizad Halim berkata, pihaknya mengesan kereta Proton Wira itu dalam keadaan mencurigakan lalu mengarahkan pemandunya berhenti untuk pemeriksaan.
Namun, ujarnya, pemandu kereta terbabit terus memecut kenderaan itu menghala ke utara dan merempuh palang tol.
"Unit Peronda Elit Evolution X Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang terpaksa mengejarnya dan menahan kereta terbabit pukul 8.15 pagi.
"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya yang berusia 20-an mengaku datang dari Pendang, Kedah untuk berhibur di Pulau Pinang sempena Deepavali selain mendapatkan bekalan dadah daripada pembekal di negeri ini.
"Pemeriksaan ke atas kereta terbabit menemui satu peket serbuk kristal dipercayai syabu yang disorokkan di dalam kereta. Ia dipercayai untuk dijual di sekitar Pendang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Rohizad, seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi dan juga dadah.
Katanya, kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-57946813104236764482011-10-23T20:26:00.003-07:002011-10-23T20:26:41.008-07:00Samun: Warga emas cedera ditoreh penagihABDUL Ghani Jusoh menunjukkan kecederaan di bahu serta dada kirinya akibat kejadian samun di Kampung Gong Nangka, Besut, Terengganu, kelmarin.

BESUT 23 Okt. - Seorang warga emas cedera di bahu dan dada kirinya akibat ditoreh dengan parang bengkok oleh seorang penagih dadah yang memecah masuk rumahnya di Kampung Gong Nangka dekat sini malam tadi.
Abdul Ghani Jusoh, 69, yang tinggal bersama isterinya yang lumpuh ketika itu baru hendak melelapkan mata sebelum terdengar bunyi seakan-akan gelas pecah dari arah dapur.
Mangsa pada mulanya menyangka bunyi itu disebabkan oleh kucing namun sebaik sahaja bunyi itu sekali lagi terdengar, dia meluru keluar dari bilik dan terserempak dengan suspek berusia 27 tahun.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu, suspek kemudian menerpa ke arah mangsa sambil memegang dua bilah parang milik Abdul Ghani yang diambil dari dapur.
Mangsa ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini memberitahu, dia terpaksa mempertahankan diri sebaik sahaja melihat suspek memegang dua bilah senjata.
Katanya, dalam pergelutan itu, dia tiba-tiba terasa sakit di bahagian bahu dan dada sebelum menyedari kedua-dua bahagian itu ditoreh dengan parang oleh suspek yang terus melarikan diri sebaik sahaja menumbuknya di muka.
Dia mengalami pendarahan yang banyak dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Daerah Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kira-kira sejam kemudian.
Berikutan kejadian itu, Abdul Ghani terpaksa menerima lapan jahitan dan dibenarkan pulang tengah hari ini sebelum membuat laporan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, suspek meninggalkan telefon bimbit dan jam tangan miliknya.
Polis katanya, dengan kerjasama penduduk kemudian berjaya menahan suspek pada pukul 8.10 pagi ini ketika dia menyorok dalam semak di Kampung Bukit Kenak, kira-kira 2 kilometer dari tempat kejadian.
Beliau berkata, suspek yang berasal dari Kampung Pacakan, Pasir Putih, Kelantan cuba melawan menggunakan sebilah parang namun berjaya diberkas.
"Hasil pemeriksaan ke atas suspek, dia didapati positif mengambil dadah jenis methamphetamine dan kini direman di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," kata beliau.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-33987830615259794902011-10-23T20:26:00.001-07:002011-10-23T20:26:24.020-07:00Rumah juruterbang TUDM sekali lagi disamun, bakarBeginilah keadaan rumah Azhar Mohamad yang dibakar sekumpulan penyamun di Taman Tasik Kesuma, Semenyih, semalam.

HULU LANGAT 23 Okt. - Penghujung September lalu, Leftenan Kolonel Azhar Mohamad kerugian kira-kira RM20,000 setelah rumahnya di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih di sini disamun dan dibakar oleh sekumpulan penjenayah.
Dan 24 hari kemudian, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berusia 46 tahun terbabit sekali lagi diuji apabila rumahnya disamun penjenayah dipercayai yang sama dan turut membakar keseluruhan rumahnya mengakibatkan dia kerugian RM500,000.
Kejadian menimpa Pegawai Laksana Pangkalan Udara di Gong Kedak, Jertih, Terengganu itu adalah kes kesembilan berlaku di kawasan Semenyih dan Kajang tahun ini dan ke-16 dalam tempoh dua tahun.
Mujurlah semasa kejadian pada pukul 2 pagi ini, rumah itu kosong kerana Azhar bersama isterinya berada di Terengganu manakala seorang anak mereka bermalam di rumah ibunya dan dua lagi tinggal di asrama.
Menurut Azhar, rumah berkembar dua tingkat yang dibeli pada 2006 itu disamun dan dibakar penjenayah pada 30 September lalu menyebabkan dia kerugian RM20,000 apabila suspek melarikan barang kemas dan perhiasan rumah diperbuat daripada tembaga.
"Suspek masuk melalui belakang dengan mengumpil pintu jeriji bilik tidur di tingkat bawah lalu menggeledah rumah, membakar ruang tamu, bilik tidur utama dan kedua sebelum melarikan barang-barang berharga.
"Dalam proses menguruskan tuntutan insurans bagi kebakaran pertama itu, saya tidak sangka penjenayah sama akan kembali menyamun dan membakar rumah saya pagi ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Azhar berkata, beliau mengetahui rumahnya sekali lagi terbakar setelah dihubungi jirannya, Kapten (B) Kamarunsaman Awang kira-kira pukul 3 pagi.
Katanya, beliau dan isteri terus mendapatkan penerbangan pertama dari Kota Bharu, Kelantan untuk pulang ke rumah mereka dan amat sedih apabila melihat semua barangan dalam rumah sudah menjadi abu.
Kamarunsaman pula berkata, beliau pada mulanya menyangka bunyi percikan api dari rumah jirannya itu adalah perompak yang ingin memecah masuk ke rumahnya sehinggalah ternampak api menjulang naik melalui tingkat atas.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz ketika melawat tempat kejadian memberitahu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan penduduk dan polis untuk membincangkan cadangan supaya Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di semua taman perumahan menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengelak kejadian sama berulang.
"Saya difahamkan, kejadian menimpa Azhar adalah kes ke-16 yang berlaku di Kajang dan Semenyih dalam tempoh dua tahun," katanya sambil mengingatkan semua penduduk supaya melahirkan rasa bimbang dengan kejadian tersebut.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-91330875030120534002011-09-23T05:02:00.001-07:002011-09-23T05:02:41.146-07:00Lelaki parah diseksa kumpulan penculik2011/09/23

MOHD Azufaizal menunjukkan kecederaannya selepas didera sekumpulan lelaki tidak dikenali di Kampung Bukit Mata Gergaji, Besut.
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki diseksa hingga parah selama sejam selepas diculik sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Batang Gergaji, Besut, Isnin lalu.

Mangsa, Mohd Azufaizal Ab Manah, 28, dari Kampung Buluh, Setiu, putus jari manis kanan, hampir putus telinga kiri, patah tangan kanan dan cedera di muka, tengkuk serta belakang badannya, dipercayai ditetak dan dikelar menggunakan senjata tajam.
Bapa mangsa, Ab Manah Muhammad, 52, berkata kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika anaknya berehat di rumah neneknya di Kampung Buluh, Setiu.
Beliau mendakwa, ketika menonton televisyen, sekumpulan lelaki tidak dikenali datang menculik Mohd Azufaizal dan dibawa ke satu tempat di Kampung Batang Gergaji.

“Anak saya dipukul termasuk ditetak dan dikelar badannya dengan senjata tajam termasuk di muka dan tengkuk serta diugut tidak melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum dihantar orang tidak dikenali ke rumah rakannya di Kampung Tasik, Setiu.

“Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Setiu (HS) sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan susulan,” katanya di pejabat The New Straits Times Press (M) Bhd, di sini, semalam.

Ab Manah berkata, dia tidak tahu motif kejadian itu tetapi tidak menolak kemungkinan disebabkan rasa tidak puas hati pihak terbabit.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Syeksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah dengan sengaja menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Katanya, polis menahan tiga lelaki berumur 28, 36, dan 45 tahun untuk membantu siasatan dengan seorang daripada mereka adalah rakan mangsa.

Beliau berkata, polis juga sedang memburu seorang lagi lelaki berusia 34 tahun yang disyaki suspek utama kejadian itu.

“Siasatan awal polis juga mendapati semua suspek terbabit positif dadah,” katanya.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-69222796263649190232011-09-20T22:57:00.001-07:002011-09-20T22:57:23.660-07:00Peniaga kedai kopi diserang kumpulan lelaki mabuk21/09/2011 2:27am

PULAU PINANG 21 Sept. – Seorang pemilik kedai kopi cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang yang dipercayai mabuk di Lorong Delima 5, Greenlane di sini malam senmalam.
Kejadian kira-kira pukul 11 malam itu berlaku setelah peniaga tersebut menegur sekumpulan lelaki yang membuat bising tidak jauh dari kedainya.
Mangsa yang berusia 60 tahun cedera teruk di pergelangan tangan termasuk seluruh anggota badan akibat dipukul tujuh lelaki berkenaan.
Selain dipukul tanpa belas kasihan, suspek turut melarikan wang tunai bernilai RM1,000 dari mesin juruwang di premis itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa didatangi sekumpulan lelaki berusia antara 18 hingga lingkungan 20-an yang bersenjatakan parang dan kayu ketika mangsa sedang berniaga.
Beliau memberitahu, suspek turut bertindak membaling kerusi dan meja di premis terbabit sebelum salah seorang daripada mereka datang menyerang mangsa.
“Mangsa kini di rawat di Hospital Pulau Pinang. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut mendapati kesemua suspek memakai topi keledar,” katanya di sini semalam.
Selain itu, sebatang besi keluli turut ditemui anggota unit forensik di lokasi kejadian.
Polis sudah mengenal pasti identiti kesemua suspek yang berasal dari Gelugor dan Padang Tembak.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata ketika merusuh. – UtusanUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-53343056124022076102011-09-20T22:55:00.001-07:002011-09-20T22:55:57.273-07:00Empat 'Geng Dol' mati ditembak polisMohd. Shukri Dahlan menunjukkan pistol dan parang dalam kejadian samun yang melibatkan warga asing di IPD Ipoh, Perak, semalam.

IPOH 20 Sept. - Polis percaya dapat menyelesaikan sejumlah 18 kes samun di beberapa buah daerah di negeri ini termasuk di sini, Batu Gajah, Sungai Siput, Manjung dan Perak Tengah dengan tumpasnya empat penjenayah warga asing yang ditembak mati malam tadi.
Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, empat lelaki warga asing yang dikenali sebagai 'Geng Dol' itu ditembak mati setelah cuba menyerang anggota polis sebaik sahaja kenderaan yang mereka naiki terperangkap di jalan mati di Kampung Changkat Larang, Batu Gajah.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, sepasukan polis terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu dinaiki empat lelaki berusia antara 30 hingga 40 tahun dalam keadaan mencurigakan.
"Semasa polis hendak membuat pemeriksaan ke atas kereta tersebut di tepi jejantas jalan Kampung Changkat Larang, pemandu kereta itu terus memecut.
"Sebaik sahaja tersekat ketika dikejar, kereta tersebut kemudian cuba mengundur dengan laju dan melanggar kereta pasukan polis di bahagian hadapan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Mohd. Shukri berkata, seorang suspek kemudian melepaskan satu das tembakan ke arah kereta polis sementara tiga lagi keluar dari kenderaan dengan bersenjatakan parang panjang untuk menyerang anggotanya.
Tambah beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.
Beliau berkata, polis terpaksa melepaskan tembakan balas ke atas suspek bagi mempertahankan diri menyebabkan keempat-empat mereka mati di tempat kejadian.
"Hasil pemeriksaan, polis mendapati kereta itu adalah kereta curi.
"Selain itu, polis menemui dua unit komputer riba, satu telefon bimbit, pelbagai jenis barang kemas, tiga utas jam tangan, sepucuk pistol buatan sendiri, tiga bilah parang serta wang tunai bernilai RM1,870 di dalam kenderaan dinaiki mereka," katanya.
Beliau berkata, salah seorang daripada mangsa samun oleh kumpulan itu tampil membuat pengecaman barang curi tersebut pada pukul 5.30 pagi tadi untuk mengesahkan sebahagian daripada barang itu miliknya.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-17298999930092619212011-09-20T22:54:00.001-07:002011-09-20T22:54:32.863-07:00Lelaki mati ditembak dalam bilik hotel, tiga suspek diburu polisANGGOTA polis mengangkat mayat Mohd. Nasir Ishak yang ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di sebuah hotel di Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI 20 Sept. - Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala manakala tangan serta kakinya diikat dengan tuala di sebuah bilik hotel di Taman Sejati Indah di sini hari ini.
Mayat Mohd. Nasir Ishak, 35, dari Kampung Tengah Abi, Perlis ditemui berlumuran darah di atas katil dalam sebuah bilik di tingkat tiga oleh kakitangan hotel kira-kira pukul 1.30 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, mangsa yang memakai seluar panjang dan tidak berbaju dipercayai mati beberapa jam sebelum mayatnya ditemui.
"Mangsa mati kerana mengalami pendarahan yang teruk selepas terkena tembakan di kepala. Polis bagaimanapun belum menemui sebarang senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, pihak hotel menghubungi polis sebaik sahaja menemui mayat mangsa.
Beliau berkata, sebelum itu kakitangan hotel membuat panggilan beberapa kali ke bilik mangsa namun tiada jawapan.
Setelah mengesyaki sesuatu, katanya, mereka menggunakan kunci utama untuk memasuki bilik dan menjumpai mayat mangsa kemudian.
Mohd. Zakaria itu memberitahu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan itu.
Selain itu, katanya, polis yang memeriksa mayat itu mendapati tiada barangan mangsa hilang.
Beliau memberitahu, Mohd. Nasir dikatakan menginap di hotel tersebut sejak petang semalam.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di talian 04-4212222 bagi membantu siasatan.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-38361909353646242052011-09-20T22:53:00.001-07:002011-09-20T22:53:57.440-07:00OKU cedera ditumbuk perompakOleh Izwan Jaafar
bhnews@bharian.com.my
2011/09/21

MOHD RIDWAN menunjukkan bagaimana dia tersungkur selepas dibelasah perompak.
Penjenayah acu parang rampas beg sandang, ragut rantai adik permpuan

KUALA LUMPUR: Bukan hanya diacukan parang, seorang lelaki kurang upaya (OKU) turut ditumbuk dan ditendang sekumpulan enam penjenayah bertopeng dalam kejadian rompakan di depan rumahnya di Jalan Marmar 2, Taman Melewar, di sini, semalam.
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, Mohd Ridwan Razali, 28, yang juga adik ipar wartawan ekonomi Berita Harian, Mohd Zin Ali, sedang membantu kakak dan adiknya memunggah barang perniagaan ke dalam kereta di depan rumah, manakala ibu mangsa, Saadiah Karim, 57, berada di bilik tidur.
Saadiah berkata, kejadian berlaku ketika beliau berbaring merehatkan diri selepas menunaikan solat Zohor sebelum terdengar suara seperti berlaku pergaduhan di depan rumah dan terus bergegas keluar.

“Saya terkejut melihat seorang lelaki sedang mengacukan parang pada leher Mohd Ridwan, manakala lima lagi sedang menunggu di luar rumah dengan motosikal.

“Dua lagi anak perempuan saya berlari masuk dalam rumah menyelamatkan diri, tetapi seorang daripada penjenayah itu berjaya merentap rantai leher yang dipakai anak saya itu,” katanya.

Saadiah berkata, ketika itu juga, dua lagi penjenayah meluru ke arah mereka sambil mengacukan parang, menyebabkannya tergamam.
“Penjenayah itu mengugut mahu menetak saya anak beranak jika melawan sebelum meminta kami menyerahkan cincin dan gelang tangan yang dipakai.

“Pada masa sama, saya turut melihat Mohd Ridwan tersungkur di tepi longkang rumah dalam keadaan kesakitan akibat dibelasah,” katanya.

Beliau berkata, beg sandang milik Mohd Ridwan yang mengandungi beberapa dokumen penting dan kunci kereta turut dirampas, menyebabkan kerugian keseluruhan dianggarkan RM8,000.

“Walaupun kami selamat dan kejadian itu berlaku dalam masa lima minit, tetapi ia menyebabkan kami sekeluarga trauma,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Ridwan bersama kakak dan adiknya membuat laporan di Balai Polis Setapak sejurus selepas kejadian.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-19332318130024224382011-09-20T02:13:00.003-07:002011-09-20T02:13:43.056-07:00Bunuh pegawai: 3 ditahan, 6 diburuKOTA KINABALU 19 Sept. - Tiga lelaki tempatan ditahan manakala enam lagi diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pegawai kanan Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD), Ali Jamal di Lahad Datu dekat sini, semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia awal 20-an ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian itu di sekitar Lahad Datu.
Menurutnya, polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa daripada suspek utama kes ini, selain menemui kesan darah pada baju yang dipakai suspek.
"Polis turut mengesan enam lagi suspek lain yang terlibat dalam kes pukul dan bunuh pegawai kanan itu. Kesemua identiti mereka sudah dikenalpasti," katanya.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-19190887802076905692011-09-20T02:13:00.001-07:002011-09-20T02:13:28.768-07:00Wanita mati ditikam pengkidOleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

ANGGOTA polis memeriksa tempat kejadian seorang wanita maut selepas ditikam pengkid dalam kejadian di Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah, semalam. - UTUSAN/OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 19 Sept. - Akibat cinta tiga segi, seorang wanita maut dipercayai selepas ditikam kekasihnya iaitu seorang pengkid.
Kejadian pukul 5.30 petang itu berlaku di ruang tamu rumah sewa pasangan tersebut di Taman Semarak Fasa 1, di sini.
Ketika kejadian, mangsa, Suriani Md. Saad, 29, berada di rumah itu bersama kekasihnya yang berusia 25 tahun.
Kedua-dua mereka dikatakan bertengkar dan keadaan menjadi agresif apabila suspek mengeluarkan pisau memotong buah lalu menikam mangsa berkali-kali.
Dalam pergelutan itu, suspek turut cedera parah di dada dan cuba melarikan diri namun rebah di hadapan rumah jirannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, dengan bantuan orang ramai, suspek dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk rawatan.
Menurut beliau, pihaknya percaya kejadian bermotifkan cemburu dan siasatan polis kini menjurus ke arah itu.
"Polis menemui pisau yang dipercayai dijadikan sebagai senjata pembunuhan. Dengan penahanan suspek di hospital, polis menganggap kes ini selesai," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini, malam ini.
Menurut Mohd. Zakaria lagi, pemeriksaan mendapati mangsa yang berasal dari Yan itu ditikam sebanyak dua kali di perut.
"Berdasarkan keterangan jiran, kedua-dua mereka bekerja di sebuah kilang berdekatan dan menyewa rumah di situ sejak empat tahun lalu," katanya.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-80885245527934545672011-09-18T17:47:00.002-07:002011-09-18T17:48:05.369-07:00Bunuh kontraktor: Lima ditahanKLUANG 18 Sept. - Polis menahan lima suspek termasuk dua wanita yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan pembunuhan seorang kontraktor syarikat perkapalan.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, tangkapan terakhir dilakukan pada 14 September lalu.
"Dua suspek berusia dalam lingkungan 30-an ditahan di Taman Desa Cemerlang, Johor Bahru.
"Kita turut menahan dua suspek wanita di Kedah pada 10 September lalu yang dipercayai terlibat dalam merompak mangsa," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Sembrong di sini hari ini.
Media melaporkan pada 8 September lalu, empat penyamun bersenjatakan parang telah menceroboh masuk rumah mangsa, S. Vijayaratnam, 47, di Seri Alam, Johor Bahru.
Mangsa yang sedang bersembahyang di rumahnya telah ditetak beberapa kali oleh penjenanah tersebut sehingga maut. Isteri mangsa turut ditetak dan telah dihantar untuk dirawat di hospital.
Mohd. Mokhtar berkata, polis menyiasat kes itu dari semua aspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi balai polis berhampiran.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-56102195940015515502011-09-18T17:47:00.001-07:002011-09-18T17:47:41.796-07:00Orang minyak' disyaki tidak siumanKUALA LUMPUR 18 Sept. - Lelaki warga Indonesia yang berbogel seperti 'orang minyak' dan mengganggu sebuah keluarga di tingkat bawah perumahan di Flat Pinggiran Putra, Batu Caves, Selayang, awal pagi semalam, disyaki tidak siuman.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ini berikutan tindakan pemuda berusia lingkungan 20-an itu sanggup berbogel dan menunjukkan aksi silat di hadapan rumah tersebut.
"Bagaimanapun, polis masih lagi menjalankan siasatan dan sedang mengenal pasti motif lelaki itu.
"Kita juga akan serahkan kepada pihak hospital bagi menentukan tahap kesihatan mentalnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, seorang remaja perempuan dari keluarga yang diganggu tersebut, Nurul Afikah Adla, 14, berkata, sebelum kejadian itu, lelaki terbabit juga dilihat berlari dalam keadaan bogel pada awal pagi kelmarin.
"Saya melihat lelaki itu berlari dalam keadaan berbogel semasa menjemur pakaian kira-kira pukul 8 pagi (kelmarin)," katanya.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-44532753408355664412011-08-04T19:44:00.001-07:002011-08-04T19:44:21.165-07:00Sempat pesan ikan bakar sebelum ditemui matiKawasan tempat tinggal Rohani Kassim yang ditemui mati di pangsapurinya dipercayai dibunuh di Ipoh, semalam.

IPOH 4 Ogos - Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, Dr. Rohani Kasim, sempat memesan ikan bakar sebagai juadah berbuka puasa semalam, sebelum ditemui mati dipercayai dibunuh di pangsapuri miliknya, awal pagi tadi.
Seorang bekas rakan sekerjanya, Roslizan Nikmat, 45, berkata, Rohani, 38, memesan kepadanya agar membelikan juadah tersebut untuk berbuka puasa semalam.
Menurut Roslizan, kali terakhir dia menerima panggilan daripada mangsa adalah pukul 4.15 petang sebelum gagal menghubunginya sekitar pukul 7.30 petang ke 8.30 malam.
"Saya ke rumahnya dalam pukul 7.15 petang untuk menghantar juadah itu tetapi apabila pintu diketuk, tidak berjawab. Saya kemudian menyangkutkan makanan itu di pintu di luar rumah mangsa.
"Tetapi, saya tidak sedap hati apabila melihat tingkap di luar dalam keadaan terbuka. Saya ada bertanyakan dua lelaki yang lalu di situ dan mereka kata mungkin dia (Rohani) keluar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, kakak mangsa, Ruzaina Kasim, 41, berkata, kali terakhir Rohani pulang ke kampung iaitu di Kampung Parit Haji Ali, Bagan Serai, ketika menyambut hari pertama berpuasa iaitu Isnin lalu.
Menurut Ruzaina, ketika itu, anak ketujuh daripada 10 beradik itu ada menceritakan bahawa rumahnya dipecah masuk kira-kira dua minggu lalu dan mengakibatkan kerugian sebanyak RM15,000.
"Dia (Rohani) memang tinggal seorang, kami memang hendak menjenguknya tetapi tidak sempat lagi kerana dia kata mempunyai banyak kerja dan jarang bersembang mengenai hal peribadi.
"Dia ada mengatakan sibuk menguruskan kes bantahan kumpulan penternak daging segar di Taiping berikutan notis Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang menguat kuasa larangan penyembelihan lembu bunting dan masih produktif," katanya.
Ibunya, Sharifah Razali, 72, pula berkata, Rohani tidak menunjukkan sebarang perubahan sehingga kembali ke Ipoh pada Isnin lepas selepas sahur bersama.
Menurut Sharifah, dia yang diberitahu mengenai kematian anaknya pagi ini, bergegas ke Ipoh untuk menuntut jenazah Rohani tanpa ditemani suaminya, Kasim Idris, 76, yang mengalami sakit usus.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-22365420184757957112011-08-04T19:43:00.001-07:002011-08-04T19:43:13.229-07:002 lelaki ditahan bantu kes bunuh Rohani KassimIPOH 4 Ogos - Polis menahan dua lelaki berusia 26 tahun yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Timbalan Pengarah (Kesihatan), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr. Rohani Kasim, awal pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal polis mendapati terdapat unsur jenayah.
Katanya, mayat Rohani, 38, ditemui dalam gulungan tilam oleh pengawal keselamatan di Pangsapuri Permai Lake View, Tambun, kira-kira pukul 4.30 pagi.
"Mangsa dipercayai mati dicekik dan polis masih menyiasat kes ini dengan teliti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, Dzuraidi ketika ditemui pemberita di pekarangan bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berkata, motif kes masih disiasat memandangkan tiada sebarang kerugian yang dialami mangsa sekiranya ia melibatkan kes samun.
Beliau turut menolak kemungkinan kes itu bersangkut paut dengan bantahan kumpulan penternak daging segar di Taiping berikutan notis Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang menguat kuasa larangan penyembelihan lembu bunting dan masih produktif.
Mangsa yang masih bujang ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar di sini bermula 1 Julai lalu selepas berkhidmat sebagai pegawai pendaftar di Kolej Pertanian Sintok, Kedah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Supritendan A. Nirmala di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2531500.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5345228064986908628.post-86110606511480493012011-08-04T19:41:00.001-07:002011-08-04T19:41:13.327-07:00Remaja ditahan curi wang pelancong PerancisJERANTUT 4 Ogos - Hanya lapan jam selepas mencuri wang dan dokumen perjalanan milik seorang pelancong warga Perancis dari sebuah hotel bajet di sini semalam, suspek yang merupakan remaja berusia 18 tahun berjaya diberkas polis.
Kejadian pada pukul 7.45 petang itu berlaku ketika mangsa, Julie Dordilly, 26, melayari Internet di lobi hotel bajet terbabit dan hanya menyedari mengenai kehilangan itu ketika hendak membuat pembayaran.
"Puas saya mencari di semua tempat termasuk di bilik hotel dan dalam beg selain bertanyakan rakan, namun hampa.
"Dalam keadaan cemas memikirkan wang dan dokumen penting lesap, saya melaporkannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di IPD Jerantut, di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Supritendan Zakaria Kassim dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jerantut, Asisten Supritendan Tey Kong Seng.
Menurut Dordilly, dia sepatutnya berlepas ke Taman Negara, Kuala Tahan dekat sini hari ini, namun terpaksa menangguhkannya disebabkan insiden itu.
"Saya amat berterima kasih kepada anggota polis yang bertungkus-lumus mengesan suspek dan mendapatkan semula wang serta dokumen penting," tambahnya.
Zakaria berkata, pihaknya berjaya memberkas suspek dengan bantuan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang hotel berkenaan.
"Kita mengambil masa tiga jam untuk meneliti rakaman CCTV itu dan berjaya mengecam suspek yang tidak menutup muka sedang mengambil barangan daripada beg pelancong berkenaan yang terletak berdekatan mangsa," katanya.
Katanya, hasil siasatan, suspek diberkas di rumahnya pada pukul 3.30 pagi tadi bersama barangan yang dicuri iaitu wang tunai berjumlah RM308 dan kad visa milik pelancong terbabit.
"Suspek ditahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri dalam bangunan," katanya.Unknownnoreply@blogger.com0