KUALA LUMPUR 3 Mac 2010 - Kejadian ragut, samun dan pecah rumah di sekitar Wangsa Melawati di sini, semakin menjadi-jadi dan malam tadi, seorang lagi wanita menjadi mangsa terbaru.
Walaupun kejadian seumpama itu berkali-kali telah dilaporkan kepada polis namun ia kelihatan masih gagal ditangani.
Dalam kejadian pada pukul 10 malam, mangsa yang berusia 47 tahun dikatakan baru sampai di hadapan rumahnya sebelum disamun seorang lelaki.
Suspek turut mengacu sebilah parang panjang dan mengugut mangsa supaya mengeluarkan barangan berharga.
Suspek kemudian meminta rantai leher yang dipakai mangsa sebelum turut melarikan beg tangan miliknya.
Mangsa yang tidak dicederakan kemudian membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju di sini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Beliau memberitahu, kawasan di sekitar Wangsa Maju merupakan lokasi tumpuan polis dalam mencegah jenayah.
"Kita tidak pernah terlepas pandang kawasan seperti di Wangsa Maju walaupun ia tidak disenaraikan sebagai kawasan panas.
"Malah langkah pencegahan jenayah juga turut diperhebatkan di situ sehingga kadar jenayah menurun pada Februari lalu berbanding sebelumnya," ujarnya.
Wednesday, March 3, 2010
Warga emas mati dipukul
PULAU PINANG 3 Mac 2010 - Seorang wanita warga emas ditemui mati akibat kecederaan parah di kepala setelah dipukul dengan objek tumpul oleh seorang lelaki di sebuah kedai di Jalan Gudwara di sini semalam.
Ketika ditemui oleh suaminya, mayat mangsa, Soh Lian Thye, 75, dalam keadaan berlumuran darah di dalam tandas di tingkat bawah premis menjual ubat-ubatan tradisional Cina milik pasangan itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis menerima panggilan daripada suami mangsa pada pukul 8.40 pagi memaklumkan mengenai kejadian itu.
Menurutnya, mangsa dikatakan baru hendak membuka kedainya pagi ini tetapi telah dipukul oleh seorang lelaki yang dipercayai cuba merompak premis itu.
"Seorang lelaki berusia 39 tahun berjaya ditahan oleh orang awam yang terdengar bunyi bising ketika cuba melarikan diri dari premis tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambahnya, siasatan awal juga mendapati, suspek terbabit mempunyai 11 rekod jenayah lampau selain merupakan individu dikehendaki oleh pihak polis.
Mengulas lanjut, beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan sekali gus mencari motif sebenar insiden tersebut.

Bunuh: Polis buru lima remaja
Mayat lelaki yang dibunuh di kawasan Flat Kenanga, Kuala Lumpur, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 3 Mac 2010 - Polis sedang memburu lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang remaja lelaki di Flat Kenanga, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, mangsa telah diserang sekumpulan lelaki menggunakan senjata tajam, kayu dan batu.
Beliau berkata, sejurus selepas mangsa yang berusia 18 tahun itu rebah, kesemua suspek melarikan diri.
"Kita turut menemui dua peket kecil dipercayai dadah di dalam poket seluar mangsa.
"Siasatan mendapati kumpulan suspek yang berusia lingkungan belasan tahun itu merupakan rakan mangsa. Kejadian dipercayai bermotifkan dendam," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Dua beradik bunuh warga emas dicekup
SHAH ALAM 3 Mac 2010 - Modus operandi mereka adalah menyamar sebagai pasangan yang sedang mencari rumah untuk disewa.
Apabila mendapat kepercayaan tuan rumah untuk masuk meninjau premis yang kononnya hendak disewa itu, mereka akan mengeluarkan senjata dan menyamun mangsanya sebelum melarikan diri.
Dipercayai pasangan ini yang merupakan adik-beradik telah melakukan lebih 10 kes samun di sekitar Selangor termasuk terbaru di Sungai Buaya, Kuala Kubu Bharu dekat sini pada 27 Februari lalu.
Dalam kejadian itu, pasangan terbabit dipercayai melarikan rantai emas milik seorang warga emas selepas menikam suaminya yang kemudian meninggal dunia akibat banyak kehilangan darah.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, pihaknya yang memburu kedua-dua suspek selepas kejadian di Sungai Buaya berjaya memberkas kedua-duanya pada malam kelmarin dan semalam.
Beliau berkata, suspek lelaki yang merupakan si abang berusia awal 40-an ditahan di Gombak sementara adiknya berusia 30-an ditahan di kawasan berhampiran.
"Kita juga merampas pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh warga emas itu dan menemui semula rantai yang disamun mereka di sebuah kedai pajak gadai di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
"Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek ini, kita percaya telah menyelesaikan kes bunuh dan samun di Sungai Buaya itu," katanya di sini hari ini.
Menurut Omar, pihaknya sedang menyiasat penglibatan kedua-dua suspek dalam 10 lagi kes lain dan mereka kini ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut.
Kata beliau, pihaknya juga merampas kereta yang sering digunakan kedua-dua suspek yang masih bujang semasa melakukan jenayah.

Kakitangan Jabatan Ukur maut ditetak
KOTA BHARU 2 Mac 2010 - Seorang kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Kelantan yang parah ditetak ketika berbalah mengenai kedudukan harta pusaka pada Jumaat lalu, meninggal dunia malam tadi.
Mohd. Din Awang Hamat, 52, yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak kejadian itu, meninggal dunia pukul 10.30 malam akibat kecederaan teruk di kepala.
Isteri mangsa, Natipah Mamat, 50, berkata, kejadian berlaku pukul 9.30 pagi Jumaat lalu ketika suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah dari sawah padi mereka di Jalan Kampung Raja, Padang Salim di Melor dekat sini.
"Suami saya diserang dua lelaki bersenjata ketika menunggang motosikal untuk pulang selepas meracun di sawah padi.
"Saya hanya menyedari kejadian itu selepas diberitahu oleh jiran. Sampai saja di tempat kejadian, saya lihat suami sudah tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supritendan Idris Abd. Rafar berkata, siasatan awal pihak polis mendapati, motif serangan itu berpunca daripada perebutan harta pusaka.
Selepas kejadian itu, kata beliau, adik mangsa membuat laporan di Balai Polis Melor. Polis kemudian menahan dua lelaki yang juga anak saudara mangsa bagi membantu siasatan.
Kedua-dua suspek, kata Idris, berusia 28 dan 30 tahun.

Nelayan didakwa ‘jual’ 21 warga Afghanistan
KLANG 2 Mac 2010 – Seorang nelayan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdagangkan 21 lelaki warga Afghanistan di muara sebuah sungai pada pertengahan Februari lalu.
Sapri Mohmad, 43, dari Kampung Baru Nelayan, Sungai Besar dekat sini mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.
Dia bersama seorang yang masih bebas didakwa memperdagangkan semua lelaki itu yang berusia antara 18 hingga 54 tahun di Muara Sungai Changkat Haji Dorani, Sungai Besar dekat sini pada pukul 10.15 malam, 17 Februari lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dan dibaca bersama Seksyen 37 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Anita membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM25,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 8 April ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Maisara Kamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Wanita Uzbekistan ditahan
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 2 Mac 2010 - Seorang pekerja salon kecantikan warga Uzbekistan ditahan kerana memiliki kira-kira 2.3 kilogram dadah disyaki heroin bernilai RM228,000 dalam serbuan di Jalan Bukit Bintang di sini Sabtu lalu.
Dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah hari itu, suspek yang merupakan ibu tunggal berusia 27 tahun dipercayai turut menjadikan salon tersebut sebagai pusat penyimpanan dan pengedaran dadah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, hasil pemeriksaan, kesemua dadah dalam bentuk serbuk dan ketulan itu ditemui di bilik salon terbabit.
Katanya, kesemua dadah tersebut dipercayai mampu menghasilkan sebanyak 22,800 straw heroin.
"Siasatan awal mendapati suspek bekerja di salon kecantikan terbabit sejak lima bulan lalu berdasar rekod kemasukan ke negara ini pada 24 November lalu.
"Ini kali kedua dia memasuki Malaysia selepas September lalu dan keluar semula sebulan selepas itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Katanya, pada kemasukan kali kedua ini yang dikenal pasti dari negara Thailand, suspek didapati telah melanggar Akta Imigresen kerana tinggal melebihi masa.
Katanya lagi, suspek juga dalam perhatian Imigresen untuk diusir pada 16 Februari lalu.
Chez Chiang memberitahu, modus operandi digunakan adalah mengedar dadah kepada pelanggan dari negara Asia Barat yang dikenalinya ketika memasuki negara ini kali pertama.
"Polis masih menyiasat pengedaran serta dari mana dia memperoleh bekalan dadah itu selain kemungkinan penglibatan rakyat tempatan dalam kegiatan tersebut.
"Ketika serbuan, suspek bersendirian di premisnya dan polis kini sedang mengesan pemilik salon kecantikan itu yang juga berasal dari negara Asia Barat untuk membantu siasatan," katanya.
Menurutnya, beliau kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa Uzbekistan untuk mendapatkan rekod jenayah lampau suspek.
"Suspek direman selama tujuh hari bermula pada 28 Februari hingga 6 Mac ini dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan," katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)